Sunday, January 30, 2011

Aku hilang SEMANGAT!!!

Pada mula-mulanya semangat aku berkobar-kobar apabila kawan aku mengatakan kau lulus exam Takaful.. Wajah teruja terserlah di raut wajah, Baguslah kalau lulus dapat jugak aku gaji..




Bolehlah menampung sikit-sikit untuk diri aku.. Tapi igaun pada 3hari bekerja masih di benak fikiran..Pagi tadi aku dapat panggilan dari Bos.. aku ingat Bos nak kasi duit.. rupanya tidak.. Bos nak bagi tahu yang aku tak lulus exam Takaful.. so macam mana impian aku memiliki dan macam mana dengan gaji yang patut aku terima? Perasaan itu bermain-main di fikiran aku



Lalu segala igauan dan fikiran aku bercelaru pagi tadi .. Dan semangat aku yang berkobar-kobar terus merudum jatuh berderai.. Hati aku mengatakan inikah hasil titik peluh yang aku dapat selama berbulan-bula hari aku bekerja? Raut wajah aku bertukar menjadi seperti Kaca terhempas ke batuKini Semangat Aku Terus Hilang! Itu semua hanyalah Menunggu Kucing Bertanduk.
Segala kerja yang tidak pernah aku lakukakan.. Di situ aku lakukan.. Kini perasaan aku sangat hampa! Air diminum sembiluan.. Ingin saja mata ini untuk melepaskan lava-lavanya…aku cuba lelapkan mata tapi tidak lelap kerana memikirkan perkara ini.. Semangat Yang Hilang.. Hilang untuk aku berkerja petang nie..
Kalau diikutkan hati memang aku dah tak akan pergi.. Tetapi aku bukan jenis enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sifat prihatin aku dan memikirkan keadaan orang lain masih ada dalam jiwa aku iaitu sifat belas kasihan.. Kini biarlah Air mata jatuh ke perut..
Nukilan ini aku hasilkan bukanlah untuk Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.Aku hasilkan entri Semangat Yang Hilang untuk meluahkan rasa..

p/s: mungkin ini sume dugaan dari Ilahi.. kita nak berjaya mesti kene tempuh halangan dulu betol tak??
-tapi yang aku pasti semangat aku hilang..

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...