Friday, October 14, 2011

Setahun sudah berlalu . .

Hari demi hari,waktu demi waktu. Baru aku sedar ,  dah genap setahun masa berlalu.. aku tak sangka, tapi Satu persatu telah kuhapuskan,Cerita yang lalu itu, Cerita engkau dan aku yang hanya igauan yang lara.. Lelahku tersenyum.. lelahku bersandiwara, Aku ingin pergi… dan berganti hati…. 

Setahun Sudah Berlalu…

Masa berlalu begitu pantas. Tiada kegelisahan. Tiada kesedihan yang melanda. Tidak menoleh kebelakang lagi.
Hampir genap setahun aku bersendiri. Terlalu pantas berganti hari hingga kini oktober kembali. Oktober penuh kegembiraan dan juga kedukaan bagi aku. Penuh!Cerita berbalut sepi yang mengusik jiwa meronta, akhirnya cerita yang punah..
 
Kenapa harus mengimbas masa lampau? Kenapa perlu fikir hal ini?

Kerana ia berkepuk di dada. Ia berbuku di hati!

Moga ini boleh beri kelegaan bagiku. Aku tak pandai bercerita, aku tak selesa menangis di khalayak dan aku tak diajar menagih simpati. Aku hanya mampu menulis.. Dengan harapan hati ini boleh kembali tenang.
 
 Setahun Sudah Berlalu…

semuanya aku lalui dengan penuh kegembiraan dan kadang kala aku lalui dengan kesedihan, Dengan adanya orang yang digelarkan sahabat sahaja yang dapat memberikan keceriaan dalam hidup ini.. tetapi belum cukup untuk memahami kita.. Aku berasa bersyukur sebab aku masih mempunyai sahabat yang dapat hilangkan kesunyian selama setahun yang lalu.. Terima kasih sahabat!!

ini semua tersemat rapi dalam lipatan sejarah hidupku..
terima kasih pada mereka... 


 
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...