Saturday, December 31, 2011

Happy new year!!!


Selamat tahun baru 2012 kepada pencinta sekalian.
Kepada anda yang sedang bercinta, semoga bahagia dan sejahtera di samping yang tersayang. Kepada pasangan suami isteri, semoga ikatan rumahtangga anda berada di dalam keadaan yang lebih hormoni. Kepada anda yang di ambang putus cinta ataupun yang sedang putus cinta, semoga anda tabah mengharungi saat ini dengan kekuatan yang sememangnya ada pada diri anda. Kepada yang masih single dan masih tercari-cari pasangan, usah risau, jalan pasti ada mesti ada cara.
Azam tahun baru ni aku nak bekerja keras, cari duit banyak-banyak, simpan duit, selesaikan hutang baru hidup boleh senang hehehehe… Cukuplah tahun 2011 ini tahun aku kumpul hutang,hahaha,
Ada kawan-kawan aku bertanya kenapa tahun 2012 ni tak jadikan tahun mencari jodoh?… huhu siapalah aku?.. duit pun tak ada nak cari jodoh! lagipun aku belum bersedia lagi.. tapi aku ada juga terfikir nak ada orang sentiasa take care kita.. maklumlah dah lama aku kesepian.. kepada semua sahabat-sahabatku semoga tahun 2012 dapat kembali semangat nak bercinta,, ayuh!! bangkit semula,, dan kejarlah apa yang kamu impi-impikan ok.. janganlah kamu putus asa.. perjalanan masih panjang lagi.. Aku nak story sikit pasal Tahun 2011.. tahun paling mencabar dalam hidup aku.. tahun yang mengajar aku banyak erti kehidupan.. tahun 2011 lah jugak tahun aku bertemu dengan betul-betul kawan.. susah payah sama-sama.. dan aku ditemukan pulak dengan seseorang insan yang mem
buat aku Terharu.. dengan k
eikhlasan dia sungguh m
engusik Emosi Dan Perasaan.. 
Walaupun kau bukan kekasih,, 
Namun Bukan Sekadar Teman Biasa,,Hadirmu Mengubat 
Hati Yang Terluka Ini.. semoga tahun 2012.. tahun banyak memori memori indah dari tahun 2011.. wasalam??

Friday, October 14, 2011

Setahun sudah berlalu . .

Hari demi hari,waktu demi waktu. Baru aku sedar ,  dah genap setahun masa berlalu.. aku tak sangka, tapi Satu persatu telah kuhapuskan,Cerita yang lalu itu, Cerita engkau dan aku yang hanya igauan yang lara.. Lelahku tersenyum.. lelahku bersandiwara, Aku ingin pergi… dan berganti hati…. 

Setahun Sudah Berlalu…

Masa berlalu begitu pantas. Tiada kegelisahan. Tiada kesedihan yang melanda. Tidak menoleh kebelakang lagi.
Hampir genap setahun aku bersendiri. Terlalu pantas berganti hari hingga kini oktober kembali. Oktober penuh kegembiraan dan juga kedukaan bagi aku. Penuh!Cerita berbalut sepi yang mengusik jiwa meronta, akhirnya cerita yang punah..
 
Kenapa harus mengimbas masa lampau? Kenapa perlu fikir hal ini?

Kerana ia berkepuk di dada. Ia berbuku di hati!

Moga ini boleh beri kelegaan bagiku. Aku tak pandai bercerita, aku tak selesa menangis di khalayak dan aku tak diajar menagih simpati. Aku hanya mampu menulis.. Dengan harapan hati ini boleh kembali tenang.
 
 Setahun Sudah Berlalu…

semuanya aku lalui dengan penuh kegembiraan dan kadang kala aku lalui dengan kesedihan, Dengan adanya orang yang digelarkan sahabat sahaja yang dapat memberikan keceriaan dalam hidup ini.. tetapi belum cukup untuk memahami kita.. Aku berasa bersyukur sebab aku masih mempunyai sahabat yang dapat hilangkan kesunyian selama setahun yang lalu.. Terima kasih sahabat!!

ini semua tersemat rapi dalam lipatan sejarah hidupku..
terima kasih pada mereka... 


 

Tuesday, August 23, 2011

Pilihan amat perlu dalam hidupan.

Banyak orang dan mungkin semua orang pasti memilih dalam kehidupan mereka. Nak beli barang mesti kena pilih kan. Sebab apa nak kena pilih, sebab nak cari yang terbaik dan tak nak menyesal kemudian. Banyak benda la selalu kita pilih, macam nak beli sesuatu memang kena pilih, takkan nak main beli saja, rugi kalau terbeli yang buruk.





Tetapi selalu dalam bab-bab memilih ni orang ramai suka cakap tentang hal jodoh, memang betul la kan, nak jadi pasangan hidup, kemudian nak mengadap hari-hari lak tu, mestilah kena pilih. Aku rasa takda hal masalah kalau nak memilih pasangan hidup ni…so pilih baik-baik.

Apa yang aku nak perkatakan di sini ialah perkara yang bertentangan dengan intro tadi iaitu perkara yang kita tak boleh nak pilih. Mungkin kita tak berapa perasaan dan tak tahu yang ada juga benda yang kita tak boleh nak pilih dalam hidup ni. Benda yang tak boleh pilih ialah benda yang terpaksa kita terima seadanya. Perkara yang tuhan bagi dan kita tidak boleh buat pilihan tak banyak macam yang boleh pilih. Antaranya ialah:


Kehidupan

Kehidupan ini memang tidak boleh di pilih. Tuhan yang pilih kita untuk untuk hidup di dunia ini. Bagaimana kehidupan kita di dunia telah di tentukan olehNya tetapi kita pun tak tahu apa nak jadi pada kita esok hari. Apa yang kita boleh buat pilihan ialah pilih jalan yang lurus untuk selamat di dunia dan akhirat.


Nabi

Nabi pun kita tak boleh pilih. Tuhan dah bagi Nabi masing-masing. Untuk umat Islam akhir zaman ialah Nabi Muhammad SAW. Kita dah tak boleh nak pilih nabi- nabi yang lain sebagai nabi kita. Jangan pilih orang yang mengaku nabi sebagai nabi kita (sesat kita nanti)


Diri kita.

Kita lahir sebagaimana yang di tentukan. Sesiapa pun terpaksa terima keadaan diri kita. Ibu bapa tak boleh nak setting bakal anak yang nak di lahirkan. Apa yang boleh di harapkan hanyalah lahir dengan baik dan sihat. Beruntung orang yang sihat dan cukup semuanya dari aspek fizikal bebanding dengan orang yang OKU.


Ibubapa

Ibubapa memang sah-sah tak boleh nak pilih. Tak sama ibu bapa kandung dengan ibu bapa tiri atau angkat. Sebab tu Tuhan suruh hormat ke dua ibu bapa, sebab mereka adalah pilihan Tuhan kepada kita. Kita terpaksa terima ibu bapa kita termasuk sekali dengan perangai-perangai mereka. Buruk baik perangai mereka, mak bapak kita juga. Kira nasibla.


Anak

Anak yang di lahirkan kat dunia oleh ibu-ibu juga tak boleh di pilih. Anak adalah rezeki kepada kita. Kita tak tahu bagaimana anak yang nak di lahirkan. Hanya boleh scan kat hospital kalau nak tengok jantina dan keadaan anak tersebut. Terimalah dengan seadanya semua dari segi aspek, apa yang boleh kita lakukan hanyalah memberikan apa yang termampu dan terbaik untuk anak tersebut.


Adik beradik

Adik, abang, dan kakak kita adalah perkara yang terpaksa kita terima. Mereka juga adalah anugerah kepada kita untuk kita terima mereka seadaanya. Jagalah hubungan darah daging tersebut semampu mungkin. Mereka juga berkongsi dan menggunakan perut yang sama untuk melihat dunia. Kita kena bersyukur sebab mempunyai adik beradik kerana ada jugak orang yang kurang bernasib baik tak ada adik beradik. . betul tak??


Saudara mara

Emak, Bapa saudara (mak menakan) sepupu sepapat kita juga kita tak boleh pilih. Kalau diaorang tak best nasib la kita, kena terima juga. Mereka sebahagian daripada kita dan ada pertalian saudara. Kalau tulis salasilah keluarga kena masukkan juga nama-nama mereka.

Itulah serba sedikit apa yang boleh di huraikan tentang benda-benda yang tak boleh nak pilih dalam kehidupan kita. Jagalah perkara-perkara tersebut dengan baik, sebab perkara tu kita dah tida pilihan, kita kena terima seadanya terima bulat-bulat orang kata. Satu lagi nak di ingatkan, benda yang tak boleh nak pilih ialah benda yang tiada ganti, kita kena paham baik-baik. Mungkin ada hikmah di sebalik percaturan sedemikian.


Saturday, July 2, 2011

kenapa mesti ada sikap pentingkan diri sendiri??


ah lama tak update blog . . maklum lah sibuk dengan study sampai tak ada masa nak update2 . . aku nak story sikit lah pasal orang suka pentingkan diri sendiri nie . . baru2 nie aku ada sukan dekat kolej . . memang enjoy lah . . tiba2 ada budak pengsan . . aku pun jadi kelam kabut lah . . kene drive hantar budak pengsan dekat klinik . . . yang aku benggang gila bila penganjur program lepas tangan bila adanya budak pengsan . . padahal dia dah buat game sukan pelik . . pastu boleh lepas tangan macam tu . . very the macam haram . . sakit jer hati  aku nie . .  .  

kenapa erk ada manusia tu suka pentingkan diri?
dia tak mahu susah dan kerjasama, kalau nak berkerjasama pun kerana nak melepaskan tengkuk sendiri jerk.


kalau kita terlalu mementingkan diri, nanti akan ada orang membenci kita. pada pandangan aku, kita tak perlu la nak mementingkan diri sangat. bukan ada faedahnya pun, orang sekeliling kita juga akan membantu kita apabila kesusahan melanda dalam hidup kita, kita tak kan boleh hidup bersendirian punye, hidup kita ini saling memerlukan dan berkaitan antara satu sama lain.

ok lah malas aku nak cerita panjang2.. nnt melalut plak nak disampaikn . .hehe . . peace yo!!
 

Friday, May 20, 2011

Siapa lagi hebat dekat kitchen ?? Lelaki ke Perempuan . .

Assalamualaikum! Fuyoh! Tajuk hangat tak nie brader? Kalau tak hangat kita kasi hangatkan. Hehe..Baiklah. Memasak? Kalau bercerita bab masakan. Sinonimnya dengan perempuan. Tetapi perempuan zaman sekarang ramai yang tak pandai memasak la..Macam mana nie? Kalau setakat masak air,lelaki pun boleh. Apa lagi? Meggi? telur? Nasi Goreng kampung ?  Lelaki pun boleh daa.. bukan setakat masak jer tak reti . . nak cuci ikan pun tak reti . . ha!! nak story sikit lah pasal cuci ikan nie . . teringat aku kerja kat food court dulu . . ada perkerja baru masuk kerja  . . bos pun bagi arahan suruh aku ajar budak baru nie . . aku pun naik gila lah kalau bos dah bagi arahan tu . . hahaha . . maklumlah exited budak baru masuk perempuan plak tu . . sape tak naik gila . . cun plak tu macam zaiton sameon muda2 . . hehe . . aku pun suro lah dia cuci ikan . . pastu aku pun buat lah kerja aku sendiri . . dalam 25 minit pun aku tengok dia buat kerja . . mak ai !! terkejut aku tengok dia . . korang nak tau tak nape aku terkejut . . mana tak nya aku suro dia cuci ikan jer kot . . tapi takyah lah sampai nak pakai selekup jerebu . . dah macam doktor pulak aku tengok dia . . hahaha . .yang peliknya mana dia dapat . . rupa-rupanya dia mintak dekat mak cik cleaner  . . mak ai !! teruk perangai . . sampai cuci ikan pun takot . . belum lagi menggoreng . . aku rasalah kalau dia menggoreng . . sanggup dia ambek helmet pakai . . maklumlah takot kene muka . . urm~~ . . ada orang macam nie kan . . hehehe . . 


ok2 tak nak lah cerita lebih-lebih nanti kene tomoi plak . .  hehe . . lazimnya lah Chef yang handal kat malaysia nie sume korang tau kan?? tak kan lah tak kenal Chef Wan . . ala Chef yang selalu kuar tv tu . . ala yang selalu kak senah ambek resepi2 masakkan dia tu . . ha !! tu lelaki ker perempuan . . lelaki . . hebat ker tak hebat . . mesti lah hebat kn . . kebanyakkan hotel2 yang chef sumenya lelaki . . kalau tak percaya cube buat lawatan hotel ke hotel . . mana ada perempuan . . kalau ada pun boleh dikira . . kan? . . kan? . . hehe . . Tetapi kan . . Walaupun kebanyakan lelaki lebih pandai memasak . . Kita bercakap pasal zaman sekarang ye . . Dua tiga kerat je gadis yang pandai memasak . . kan? . . kan ? Walaupun begitu,perempuan masih hebat dalam bab memasak! Lelaki tak boleh tandingi laa..Betul.."Eh! Mula-mula sokong pihak lelaki tetapi kenapa sokong pihak perempuan pulak??? yela . . cuba korang imbas kembali zaman 60an-70an . . ala senang cerita zaman nenek kita anak 4 time tu . . pandai tak nenek kita memasak?? kalau rewanglah dia lah paling sibuk . .  kadang2 tu sampai jadi ketua rewang . . kalau dorang masak . . mak ai!! betol2 sodap . . baik punya!! . . mak kita pun pandai masak jugak . . betol tak?? . . tapi anak dara ?? macam mana?? boleh ker hebat macam nenek ngn mak kita . . ?? urm~~. . 


jadi sapa lagi hebat memasak lelaki ke perempuan . . tergaru2 kepala memikirkan mana lagi hebat . . kalau aku lah lelaki . . bukan nak bangga kn lelaki . .tetapi kenyataan  . . kalau zaman dulu2 perempuan ar paling hebat . . tetapi sekarang lelaki lah . . aku cerita nie . . mesti korang cakap macam bajet good2 jer mamat nie . . aku cerita nie dasar pengalaman aku . . sebenarnya aku nie bakal chef . . so aku tau lah . . hehe . . jgn mrah. .  



Tuesday, May 10, 2011

Setelah lama aku tinggalkan blog nie..

Salam readers..

sory lah lama tak update blog..bukan aku lupa dekat blog nie..tapi aku bz dengan study..sibuk dengan kerja..penyakit yang datang melander terhadap diri aku..macam2 lagi lah..sampai tak ada masa nak update...urm...aku pun tak tau nak cerita apa..tapi yang aku terlintas dalam pikiran nie...napa manusia nie ada sikap pulau memulau.. bila ada jer orang baru dalam hidupnya mesti orang lama akan disingkir..kadang2 aku terfikir...bila lah sikap nie akan hapus..urm..bila kita nak kawan dengan orang nie mesti ada akan mencerita buruk orang nie..kadang2 rasa macam malas nak kawan dengan semua orang pun ada..tapi jenis aku suka berkawan..kalau tak berkawan nanti cakap kita nie sombong pulak..lepas tu bila dah tak ada modal nak story mula lah cerita hal orang..manusia2...bila manusia nie boleh berubah jadi orang yang bersivik sikit..aku rasa lah orang yang macam nie patut ada kn kelas adap..baru lah fikiran boleh terbuka..tak ada lah wujudnya pulau memulau nie..betul tak??

p/s: Untuk berjaya, sibukkanlah diri dengan usaha sendiri. Orang lain biarlah dengan usaha dan pencapaian mereka. Rezeki masing-masing, perjalanan juga masing-masing. Setiap orang ada lorong-lorong kehidupan tersendiri, jangan dibanding-bandingkan. Kelak lemah jiwa dan raga.

Wednesday, April 13, 2011

Welcome Back Kari nGeri

Hye semua, sudah lama kan wak tak update blog. Hehe, yelah kan, paham-paham jela bz dengan warung macam mana. Okay, hari ni Wak free, Wak nak cerita sikit pasal benda ngeri. Korang pernah tengok tak gambar-gambar eksiden yang putus-putus tu? Dulu Wak ada tau jugak pasal blogspot ngeri. Blogger yang paling ngeri di Malaysia. Nama blog nya Kari Ngeri, mungkin korang pernah dengar kan?
Hiduplah Dengan Pantas, Matilah Dengan Cepat, Dan Tinggalkan Mayat Yang Menarik(nie lah trackmark kari nGeri)kalau trackmark dah macam nie belum lagi isi dalam blog nie..hahaha


Dulu Kari Ngeri yang Wak tau, dia aktif dalam blogspot je. Tak lama kemudian, kena block pulak dengan google sebab google tak suka kut. Entah ape-ape.. Padehal belambak lagi laman web hantu, lagi-lagi laman lucah. Kenapa pula google tak kacau? Tapi Togi paham juga kenapa google block Blogspot Kari Ngeri tu. Mungkin sebab Kari Ngeri tu dalam blogspot, so nanti nama blogspot akan kotor.

Tapi itu dulu punya cerita lah yang Wak tau pasal Kari Ngeri. Sekarang ni dorang dah aktif dalam website pulak, haa.. Mungkin pak google dah tak dapat block lagi Kari Ngeri ni. Sebab berbayar, ape hal nak kacau website orang kan? Siapa yang belum tau pasal web baru Kari Ngeri ni, korang boleh tekan ni.

Okay, itu je yang Wak nak cerita hari ni. Ish, tak larat dah nak tengok website tuh. Rasa nak muntah pun ada..




Friday, April 8, 2011

aku bercinta dengan bohsia..

SAYA bercinta dengan seorang gadis sejak lima bulan lalu selepas mengenalinya melalui kawan saya. Bagaimanapun, dia gemar bersosial dan ramai kawan lelaki. Saya mengenalinya pun kerana dulunya saya remaja liar.
Untuk makluman, gadis itu terlanjur terlebih dulu dengan kawan saya sebelum saya turut melakukan perbuatan sama. Dulunya saya berhati keras dan tidak mudah terpikat dengan gadis liar.

Namun tiba-tiba hati saya terpikat dengan gadis yang saya kenal melalui kawan saya ini. Hubungan kami semakin rapat dan setiap kali berjumpa, kami terlanjur.
Pada masa sama, saya juga berkenalan dengan ahli keluarganya. Semakin lama semakin rapat hubungan kami. Satu hari kawan saya menasihati saya supaya meninggalkan gadis itu kerana takut dia akan hamil.

Kawan saya bercerita, gadis terlanjur dengan ramai lelaki dan terkenal di kawasan taman itu. Saya tidak mengendahkan nasihat kawan saya kerana kasih sayang dan cinta saya padanya terlalu mendalam walaupun dia tidak lagi suci.

Saya bercinta dengannya hampir sebulan dan saya sedar perutnya seperti berisi dan dia juga ceritakan yang dia sudah lama tidak datang haid.
Saya tidak takut setiap kali kami terlanjur kerana baru berkenalan, tapi kecut perut jika keluarganya menuduh saya bertanggungjawab.

Beberapa bulan berlalu, ibu kepada gadis itu syak anaknya hamil. Gadis itu tidak puas hati lalu dia menyuruh saya membeli alat memeriksa kehamilan. Saya membelinya dan keputusannya positif.

Dia hendak menggugurkan kandungannya tapi saya tidak benarkan kerana takut nyawanya terancam, lagipun janin dalam kandungan itu tidak bersalah.

Saya berjanji padanya, apa pun terjadi saya tidak akan meninggalkan dia dan akan menjaganya. Selepas kejadian itu, kami berdua bertaubat dan tidak melakukan maksiat. Ibu kepada perempuan itu tidak menuduh saya kerana saya lelaki paling baik berbanding lelaki lain yang pernah bercinta dengan anaknya dan mengenali keluarganya.

Satu hari dia berkata pada saya yang ibunya menyuruh dia berterus terang pada saya dan jika saya tidak menyukainya lepaskan saja dirinya. Namun, saya beritahu gadis itu saya tidak akan lepaskannya kerana dialah perempuan yang saya betul-betul cinta dan saya akan lalui apa pun dugaan yang akan menimpa kami.

Dia gembira kerana saya menerimanya seperti sedia kala. Semakin hari semakin besar perut dia lalu ibunya membawanya ke rumah kebajikan supaya tidak mahu diketahui jiran dan saudara mara.

Dia dibawa ke situ sehingga melahirkan. Sebelum dia pergi, saya sungguh sedih kerana kami berdua pertama kali berpisah buat sementara waktu selama empat bulan.

Satu hari, saya terjumpa kawan yang pernah membuat hubungan dengan kekasih saya dan dia memperli saya kerana kekasih saya pernah membuat hubungan dengannya.

jangan salah faham..nie bukan kisah aku..aku dapt cerita nie pun dari metro harian ..
motif aku ambek cerita..bukan nak aib kn orang..tapi aku respek kat 
mamat tu..
sanggup korban sebab cinta..walaupun dia tau awek dia telanjur ramai lelaki..
tapi dia still setia dan sangup jadi pak sangup..susah nak jumpa lelaki macam tu..




Sunday, April 3, 2011

Tahniah Shaheizy Sam..



Tahniah kepada shaheizy sam atau sam  kerana baru sahaja tadi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang baru selesai berlangsung tadi di Arena Of Stars Genting Highland.
Rezeki ayam nampak di taji, rezeki sam nampak lawaknya (tak siapa tahu lah)..hehe.. baru saja menonjol dalam seni lakonan selama nie dia hanya berdiamkan diri saja,bila tonjol nah kau!! memang terbaik, dah jadi Bintang Popular plk. Bukan itu sahaja,sam juga menang bagi kategori Artis Lelaki Popular tau..memang rezeki dia..Glamor dengan tagline “dimana ada jalan disitu ada highway” nampaknya memberikan tuah
p/s: tahniah2...sam sekarang kau dah naik, jangan kau lupa diri ok..ingat2 lah fan club kau,kurangkan kontrovesi, tingkatkan perestasi..Assalammualaikum!!





Saturday, April 2, 2011

Aksi budak baru nak up!!!

paham-paham sudah aku nak cerita pasal aper, semalam aku jalan-jalan kat FB, aku jalan-jalan dengan member aku, terberhenti kat fb seorang perempuan.. lepas tuh dia ternampak gambar 3 orang budak perempuan yang menunjukkan isyarat lucah , hm..,lihat la gambar bawah nih...




aku tengah terkangkang gelak tengok gambar nie..pelik aku mana lah pergi sikap sopan satun seorang perempuan.."...aku pun dah terbarai gelak tengok gambar nie, sebab macam sangap jer...hahaha..
bak kata Raja Lawak 3 Sepah " kau main jela dengan burung kau, Tak yah nak Sibuk dengan burung aku..hahaha"

ni lah contoh budak baru nak up!, baru nak rasa dunia 2, 3 kali dah macam masuk sejuta kali... gaya nak tiptop...standard la , lain kali tak payah la nak bergaya simbol macam ni, memalukan. sah budak baru nak up!!!



Friday, March 25, 2011

Haiwan mirip watak Yoda dalam filem Star Wars.


Seorang jurugambar, Erik Mikhailov merakamkan gambar seekor haiwan yang mirip satu watak dalam siri filem Star Wars, Yoda ketika dia mengunjungi sebuah kawasan hutan hujan di Filipina.Sebenarnya, haiwan yang dirakamkan gambar itu merupakan Tarsier yang mempunyai ciri-ciri fizikal mirip watak Yoda.Haiwan itu mempunyai bentuk telinga yang tajam ke atas dan memiliki mata besar."Saya terus teringatkan Yoda (semasa melihat haiwan tersebut). Ketika itu, saya tidak tahu jenis makhluk tersebut walaupun terdapat pelbagai kehidupan yang menakjubkan untuk dilihat," katanya.
Tarsier merupakan haiwan yang hidup di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Maumag di Filipina dan mempunyai mata sangat besar dan menjadikan serangga sebagai makanan.





 

Wednesday, March 23, 2011

Hubungan kita sampai sini jer...


nie lah jalan terbaik untuk kita dari disimpan-simpan lagi sakit hati..betol tak??maybe jodoh kita tak berkekalan so kita hiduplah seperti biasa..anggaplah aku nie kawan kau pun dah cukup ok..dari kita bermusuh..walaupun sekejap kau muncul dalam hidup aku..tak bermakna aku tak ada perasaan terhadap kau..sory kalau aku nie banyak buat salah dan silap dekat kau..pesanan aku:
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri". Yup, tak kisah la laki bini ke, couple ke, motifnya disitu ialah antara dua insan. Salah faham, kurang memahami,bertelingkah, bergaduh, merajuk memang tak dapat dielakkan. Asam garam kehidupan. Jangan bergusti sudah. Mengikut pengalaman aku terhadap pengalaman orang lain (Haha!), salah faham merupakan punca utama kepada pergaduhan.

semoga kau dapat lebih baik dari aku..maafkan lah aku jika aku ada buat salah..jangan kau fikir yang kau tu hanya 1 bebanan bagi aku..tak penah terlintas dalam fikiran aku yer..

p/s:aku mintak maaf kalau ada buat salah dengan kau..aku sikit pun xde rasa kau tu beban bagi aku..kalau tu jalan terbaik untuk kau dengan aku..ok!!aku terima dengan hati terbuka..bukan bermaksud aku tak ada perasaan dengan kau k..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...