Friday, March 25, 2011

Haiwan mirip watak Yoda dalam filem Star Wars.


Seorang jurugambar, Erik Mikhailov merakamkan gambar seekor haiwan yang mirip satu watak dalam siri filem Star Wars, Yoda ketika dia mengunjungi sebuah kawasan hutan hujan di Filipina.Sebenarnya, haiwan yang dirakamkan gambar itu merupakan Tarsier yang mempunyai ciri-ciri fizikal mirip watak Yoda.Haiwan itu mempunyai bentuk telinga yang tajam ke atas dan memiliki mata besar."Saya terus teringatkan Yoda (semasa melihat haiwan tersebut). Ketika itu, saya tidak tahu jenis makhluk tersebut walaupun terdapat pelbagai kehidupan yang menakjubkan untuk dilihat," katanya.
Tarsier merupakan haiwan yang hidup di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Maumag di Filipina dan mempunyai mata sangat besar dan menjadikan serangga sebagai makanan.





 

Wednesday, March 23, 2011

Hubungan kita sampai sini jer...


nie lah jalan terbaik untuk kita dari disimpan-simpan lagi sakit hati..betol tak??maybe jodoh kita tak berkekalan so kita hiduplah seperti biasa..anggaplah aku nie kawan kau pun dah cukup ok..dari kita bermusuh..walaupun sekejap kau muncul dalam hidup aku..tak bermakna aku tak ada perasaan terhadap kau..sory kalau aku nie banyak buat salah dan silap dekat kau..pesanan aku:
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri". Yup, tak kisah la laki bini ke, couple ke, motifnya disitu ialah antara dua insan. Salah faham, kurang memahami,bertelingkah, bergaduh, merajuk memang tak dapat dielakkan. Asam garam kehidupan. Jangan bergusti sudah. Mengikut pengalaman aku terhadap pengalaman orang lain (Haha!), salah faham merupakan punca utama kepada pergaduhan.

semoga kau dapat lebih baik dari aku..maafkan lah aku jika aku ada buat salah..jangan kau fikir yang kau tu hanya 1 bebanan bagi aku..tak penah terlintas dalam fikiran aku yer..

p/s:aku mintak maaf kalau ada buat salah dengan kau..aku sikit pun xde rasa kau tu beban bagi aku..kalau tu jalan terbaik untuk kau dengan aku..ok!!aku terima dengan hati terbuka..bukan bermaksud aku tak ada perasaan dengan kau k..

Sunday, March 20, 2011

Lawak kau tak antarabangsa En.Fizz Fairuz..

aku ingat Epy Raja Lawak 5 saja yang buat lawak tidak kelakar.Rupanya ada lagi artis di Malaysia ni yang buat lawak lagi tak kelakar langsung.Tak kelakar 1 hal,yang kasihan menampakkan diri sendiri yang daif sangat.
Artis yang dimaksudkan pelakon Fizz Fairuz. Bayangkan patutkah Fizz ni tulis dalam laman Twitter dia berbunyi,"manalah ultraman n power ranger n doremon dlm saat2 genting tsunami di Jepun".Sebenarnya gurauan sebegitu tak melucukan langsung ketika manusia lain timpa bencana.Mana pergi nilai sensitif dan kemanusiaan Fizz oioioi??Awak tak sedarkah betapa sedih perasaan manusia lain yang hilang ahli keluarga, rumah dan kenderaan rosak teruk, pendek kata hilang segala-segalanya.
Orang lain ketika ini tengah bersusah payah cari ibu bapa dan ahli keluarga yang terpisah, Fizz pula dok buat gurauan yang tak bertempat.Aku rasalah Fizz ni sanggup tulis gurauan macam tu sebab mungkin dia tidak ada ahli keluarga yang belajar atau bekerja di Jepun.Itu yang main ikut suka hati nak tulis apa yang dia suka.Ingat Fizz,dalam dunia nak buat apa-apa pun kena ada had.Bukannya main redah saja. Tengok, dah tersalah redah, satu Malaysia pandang rendah kepada kau. Bila dah kecoh pasal gurauan tu, tahu pula tak nak komen bila wartawan tanya. Peliknya, hari tu berani sangat nak tulis! Ingat, terlajak moto boleh undur, terlajak dalam twitter susah jadinya. apa-apa pun kau pikir lah sendiri!!!

Friday, March 18, 2011

Kenapa internet lembab??

Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami di Jepun.
Anda merungut talian internet terlalu perlahan? Atau tidak dapat akses langsung? Secara tidak langsung akan mengganggu emosi anda kan? Bertenang.. bertenang... masalah ini bukan datang dari pihak CPTM, atau pun komputer anda sendiri.. tapi masalah ini berpunca dari kabel internet dasar laut yang mengalami masalah akibat gempa bumi kuat yang melanda negara Jepun tempoh hari.
Ini contoh kabel dasar laut.

Berikut merupakan petikan mesej dari pihak TM..
Telekom Malaysia (TM) kini mengumumkan yang mana para pengguna internet di Malaysia mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun.

Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.

Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa.

Tuesday, March 15, 2011

Adakah Anda dan Pasangan anda Serasi??

Kadang-kadang, kita melihat ada pasangan serasi yang begitu bahagia di depan orang ramai dan berkhayal mampukah kita dan pasangan kita berlaku sama dengan pasangan tersebut,tetapi, kadang-kadang yang kita lakukan perkara yang sama untuk mengejar pandangan orang lain bahawa anda dan pasangan adalah pasangan terserasi di dunia.

Ada dua tips untuk menciptakan keserasian hubungan:

1.    Menjadi Diri Sendiri

Kadang-kadang, kita menyuruh pasangan untuk tampil matang, tidak keanak-anakan, elegan, dan sebagainya. Kita tidak sedar bahawa tindakan ini secara tidak langsung menyayat hati pasangan.

Ia menganggap kita menyindir hidupnya dan hendak mengubahnya menjadi orang lain. Ia boleh beranggapan bahawa selama ini kita tidak mencintainya, kita hanya memeralatnya menjadi “orang yang kita sukai” tanpa kita berusaha menjadi seorang yang dicintainya juga.

Inilah poin pentingnya. Dengan banyak hal, sebenarnya kita tidak menghargai diri pasangan. Bahkan, kita sebenarnya juga tidak menjadi diri sendiri. Kita menjadi diri yang ditentu oleh konsep permikiran orang lain bahawa pasangan serasi harus begini dan begitu.

Buatlah pasangan Anda bahagia menjadi dirinya sendiri, menunjukkan cinta dengan caranya sendiri, dan buatlah Anda juga demikian. Tak perlu waktu lama, Anda akan menyadari bahawa anda dan pasangan anda boleh tampil dengan serasi tanpa perlu memerhatikan pandangan orang lain. 

2.    Tidak Mencari Kesempurnaan

Ada seorang lelaki sempurna. Ia menolak semua lamaran perempuan kerana ia mencari perempuan yang serupa dengan dirinya. Lalu, ketika ia menemukan perempuan sempurna, ia melamar perempuan tadi. Akan tetapi, apa yang terjadi?

Perempuan tadi berkata, “kau mencari perempuan sempurna, demikian juga aku. Bagiku, kau bukan lelaki sempurna”.

Kadang-kadang, kita menyuruh pasangan harus melakukan hal-hal sempurna. Ia tidak boleh marah ketika kita marah, ia tidak boleh menangis ketika kita menangis, atau ia tidak boleh bermanja-manja di depan orang lain. Hal-hal ini jelas menyiksakan pasangan anda. Apa lagi jika kita melakukan hal sebaliknya. Kita boleh marah ketika marah, tapi tidak menoleransi jika pasangan berbuat sama.

Bagaimana pun, pasangan kita adalah manusia, bukan robot. Jangan mencari kesempurnaan jika Anda tidak boleh sempurna. Bukankah hubungan akan lebih serasi jika masing-masing saling menutupi kekurangan, atau menganggapnya tak penting?


p/s:Jodoh atau tidaknya pasangan boleh dilihat dari hal ini. Orang yang tidak bahagia jika selalu mencari kesalahan untuk “menghukum” pasangan. Sebaliknya, mereka yang bahagia akan mencari kebaikan-kebaikan pasangan dan bersyukur dengan sikap yang apa adanya.

Monday, March 14, 2011

Hilang tak bermakna nak lari dari masalah.

Hari ini, genap sudah 15 hari saya menghilangkan diri sebentar di dunia maya ini. Rasa hendak tercabut otak ini daripada kepala apabila tidak dapat online dalam masa 15 hari. Maklumlah bila sudah ketagih dengan dunia internet ini, pasti ada perkara yang terbatas untuk dilakukan jika tiada sambungan internet di rumah. Sudah semestinya akan terkenang kepada blog kesayangan ini.Cukuplah 15 hari saya meninggalkan blog ini,kadang aku dah rasa malas nak berblog nie,tapi memandangkan ramai yang jenguk aku punya blog,bertanya pada aku mana menghilang??,sebenarnya aku tak pergi mana-mana pun sekarang nie aku sibuk dengan menjaga atuk aku yang sekarang dalam keadaan sakit dekat kampung,sibuk dengan program rakan muda,so memang sibuk sampaikan nak bukak facabooks pun tak sempat,nak update blog pun tak sempat,lepak dengan kawan pun lagi dah tak sempat,memang aku sibuk sekarang,topik aku hari nie kenapa manusia nie suka buat mulut bila kita tak ada depan mata dia?? kadang-kadang bila kita hilangkan diri manusia suka buat andaian bukan-bukan, nie lah tabiat orang kita,dulu bila kita depan mata dia tak nak hargai,bila dah tak ada sibuk pulak nak mencari-cari,manusia2..aku heran manusia jenis macam nie, memang heran..contohlah yang sering perkataan yang aku dapat..mana bro??..dah lama tak jumpa mana menghilang??..rindulah kat kau??..bosanlah kalau kau dah lama tak lepak??.. nie lah perkataan sering aku dengar,padahal dalam hati dorang nie bagus jugak mamat nie dah tak lepak..ha!! tu lah tabiat orang-orang kita.. apa nak jadi lah!! mintak maaf aku cerita terlalu sikit..aku cuma ambek isi penting jer...aku cerita nie bukan ada perasaan nak tuju mana-mana pihak..aku cuma mencerita atas dasar pengalaman..yang mana ada pihak terasa aku mintak maaf,aku nie hanya insan biasa..semangat blogger dah kembali..sekian terima kasih..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...