Sunday, January 30, 2011

Aku hilang SEMANGAT!!!

Pada mula-mulanya semangat aku berkobar-kobar apabila kawan aku mengatakan kau lulus exam Takaful.. Wajah teruja terserlah di raut wajah, Baguslah kalau lulus dapat jugak aku gaji..




Bolehlah menampung sikit-sikit untuk diri aku.. Tapi igaun pada 3hari bekerja masih di benak fikiran..Pagi tadi aku dapat panggilan dari Bos.. aku ingat Bos nak kasi duit.. rupanya tidak.. Bos nak bagi tahu yang aku tak lulus exam Takaful.. so macam mana impian aku memiliki dan macam mana dengan gaji yang patut aku terima? Perasaan itu bermain-main di fikiran aku



Lalu segala igauan dan fikiran aku bercelaru pagi tadi .. Dan semangat aku yang berkobar-kobar terus merudum jatuh berderai.. Hati aku mengatakan inikah hasil titik peluh yang aku dapat selama berbulan-bula hari aku bekerja? Raut wajah aku bertukar menjadi seperti Kaca terhempas ke batuKini Semangat Aku Terus Hilang! Itu semua hanyalah Menunggu Kucing Bertanduk.
Segala kerja yang tidak pernah aku lakukakan.. Di situ aku lakukan.. Kini perasaan aku sangat hampa! Air diminum sembiluan.. Ingin saja mata ini untuk melepaskan lava-lavanya…aku cuba lelapkan mata tapi tidak lelap kerana memikirkan perkara ini.. Semangat Yang Hilang.. Hilang untuk aku berkerja petang nie..
Kalau diikutkan hati memang aku dah tak akan pergi.. Tetapi aku bukan jenis enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sifat prihatin aku dan memikirkan keadaan orang lain masih ada dalam jiwa aku iaitu sifat belas kasihan.. Kini biarlah Air mata jatuh ke perut..
Nukilan ini aku hasilkan bukanlah untuk Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.Aku hasilkan entri Semangat Yang Hilang untuk meluahkan rasa..

p/s: mungkin ini sume dugaan dari Ilahi.. kita nak berjaya mesti kene tempuh halangan dulu betol tak??
-tapi yang aku pasti semangat aku hilang..

Thursday, January 27, 2011

Mayat Mike Bongiorno Dicuri

ROME: Mayat sahabat karib Perdana Menteri Itali yang juga hos rancangan televisyen selama 50 tahun, Mike Bongiorno, dicuri dari kuburnya, kata pegawai keselamatan semalam.
Bongiorno yang mati pada September 2009 ketika berusia 85 tahun ditanam di Arona, tidak jauh dari Milan.Kehilangan mayat kawan baik Silvio Berlusconi itu disedari seorang pesara yang sering melawat kawasan perkuburan berkenaan.Dia kemudian memaklumkan maklumat pencerobohan kubur itu kepada polis.Menurut sumber, setakat ini tiada sesiapa menuntut wang kepada mana-mana pihak untuk mendapatkan semula mayat berkenaan.
Terkenal sebagai hos televisyen sejak 1950-an, Bongiorno pernah membantu Berlusconi melancarkan iklan komersial pada 1970-an. - Reuters


Mike Bongiorno

p/s: pelik-pelik, mayat pun nak curi ker..hahaha..





Wednesday, January 26, 2011

Faedah Laman Sosial.







France: Laman sesawang sosial Facebook dan Twitter mengatasi Myspace sebagai ruang baru paling popular untuk peminat berhubung dengan artis kegemaran mereka, kata sumber dalam industri berkenaan.
Laman itu turut menjadi medium terbaru untuk mereka menghebahkan konsert yang akan berlangsung dan menarik perhatian peminat muda supaya menggemari muzik mereka. Peminat berusia 16 hingga 24 tahun lebih gemar untuk membuat salinan cakera padat (CD) tanpa melakukan pembayaran, manakala peminat berusia 12 hingga 15 tahun pula adalah generasi digital hari ini dan esok, kata Timbalan Presiden Kaji Selidik Forrester iaitu kumpulan kaji selidik pasaran yang berpengaruh, Mark Mulligan kepada majlis tahunan industri muzik MIDEM di Cannes, semalam.

Walaupun hanya 15 peratus kumpulan orang muda ini memuat turun muzik melalui rakan dan 12 peratus lagi membeli album, tetapi 56 peratus mendengar muzik di telefon bimbit dan 53 peratus pula menonton video muzik di Internet.
“Mereka berusia 12 hingga 15 tahun yang mewakili pengguna masa depan dan membesar dengan Internet mahukan pengalaman muzik yang hebat di mana mereka boleh melihat, mendengar dan berkongsi,” kata Mulligan dalam persidangan itu. Kebanyakan pemuzik sudah berubah kepada medium ini dan menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk berhubung dengan peminat bagi meningkatkan populariti dan jualan muzik mereka.

Monday, January 24, 2011

Guru Hilang Pertimbangan Moral

 KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan pertama iaitu merogol anak muridnya berusia 12 tahun sebulan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pasir Mas, Kampung Bukit Merah, pada tengah hari, 5 Ogos 2006.

Bagi tuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa sama dalam kejadian di sebuah resort pada pagi 8 September 2006.
Tertuduh, Mohd Saidi Che Tengah, 45, yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Tertuduh yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun bagaimanapun bernasib baik kerana hukuman penjara itu berjalan serentak bermula semalam.Selain itu dia juga bernasib baik kerana mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dikemukakan peguamnya, Aminuddin Ahmad dan Muhammad Hasif Hassan hingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.Dalam penghakimannya, Zainal mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.


muka dah macam beruang mengawan..haha.

p/s: apa nak jadi dengan manusia skrg nie...langsung dah hilang pertimbangan moral...



Saturday, January 22, 2011

Berjaya Jugak Bangun Awal

Hye!! good morning semua...Pagi nie aku nak story tentang aku selalu bangun lewat..hahaha.. Aku ni jenis yang bangun lambat. Tidurlah awal macam mana pun, aku tetap bangun lambat,sampai ibu dah bising " ape lah nak jadi dengan ko nie??" jawapan aku senang jer.. "nak jadi design peta dunia jer" hahaha..
aku cuba macam-macam cara nak bangun awal, setiap kali percubaan aku,keputusannya tidak lari jauh. Adakah aku memang dilahirkan dengan genetik bangun lewat?haha..Setiap kali jam loceng berbunyi, perkara pertama yang terlintas dalam benak pemikiran aku ialah bagaimana mahu mematikan bunyi yang amat mengganggu itu dan menikmati semula tidur yang amat lena tadi..hahaha..



Tapi pagi ini aku Berjaya Jugak Bangun Awal..haha..happy jer rasanya...rupa-rupanya best jugak pandangan pagi erk...maklumlah, first time bangun awal pagi..kebiasaan aku bangun tengah-tengah hari..hahaha..
tiba-tiba jer terdetik aku nak pergi sarapan pagi kat kedai berdekatan kat rumah aku..ingat nak pergi sorang-sorang jer.. ade pulak penyibuk nak ikot..kacau betol!!! haha...nak tak nak kene jugak bawak penyibuk nie...

ppperh!!!! sedap btol kene mee goreng dan teh tarik...dah lama tak nikmati sarapan pagi macam nie..haha..


Nie lah penyibuk tu.. nie adik aku yg bongsu..muka pun baru bangun tidur..haha



p/s: hentah-hentah hari ini jer bangun awal esok..erm..tak tau lah nak cakap macam mana..hahaha
janganlah korang ikot tabiat aku erk..
~enD~   

Thursday, January 20, 2011

Khurafat

hye!! dah tengok khurafat?? lakonan Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay, memang seram,sampai aku terperanjat ar jugak..haha.. malah sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan diperoleh. Hanya ketakutan menyelubunyi minda. Semuanya gara-gara filem terbaru Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Syamsul Yusof.

KHURAFAT berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan. Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.


Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang antara manusia dan syaitan. Manusia sebagai insan yang lemah, membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan tipu daya syaitan.
Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya, pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.
Tanda tanya dan trauma yang melanda ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan, Anna (Sabrina Ali). Walaupun mengetahui Johan sudah berumahtangga dan bergelar suami yang sah kepada Ayshah, Anna masih terus mengganggi dan merayu Johan menerimanya semula. Setelah ditolak cintanya, Anna ditemui mati akibat bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan dan isterinya.


aku berikan 6 bintang kepada Syamsul atas Khurafat yang begitu memberansangkan. Dan tidak dapat dinafikan, pengarah muda ini sememangnya layak memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM23. Liyana Jasmay juga begitu comel dan ayu bertudung litup. Namun pujian utama harus diberikan kepada Sabrina Ali atas penghayatan dan kemampuannya membawakan watak Anna dengan begitu baik sekali.

style gile macam hantu Ju-On..haha

mencabar en?





 ~eNd~
                                                                                                                                                                     

Tuesday, January 18, 2011

Fesyen Rambut 2011


FESYEN rambut merupakan satu trend yang sudah berkembang sejak ribuan tahun dahulu. Memang tidak dinafikan dalam fesyen mahkota kepala, ia biasanya dijuarai oleh kaum wanita. Bagaimanapun, dalam arus kemodenan hari ini nampaknya sang jejaka juga sudah semakin sensitif dengan fesyen rambut.
Sama ada stail rambut digayakan mengikut aliran muzik yang diminati atau mahu tampil kemas kerana membawa gelaran lelaki metroseksual, apa yang pasti fesyen rambut lelaki semakin meluas.
Di sekeliling anda hari ini, anda boleh melihat ada lelaki yang tampil dengan stail rambut cacak (spike), afro, dreadlock, rebonding, mohawk malah di Malaysia semakin ramai jejaka memilih menggayakan rambut ala selebriti jejaka Jepun dan Korea.

menurut pakar atau pemerhati fesyen dikatakan gaya rambut bagi kaum adam terbahagi kepada dua iaitu

a) gaya rambut " school boy "
b) gaya rambut ala ala rocker




style yang ialah gaya " the slick back " ataupun gaya rambut sikat kebelakang .



ini ialah fringe cut ala ala pelakon korean punye hairstyle


gaya yang kemas dan sempoi je . siapa yang lambat bangun nak pergi kuliah atau kerja boleh la try gaya ni.hahaha






ini pula ialah gaya yang di panggil " wet fringe " jika anda perasan gaya rambut ini lebih kurang macam di atas la beza nya ia kelihatan tidak teratur di bahagian depan rambut. ala ala kusut masai sket tapi susunan rambutnya kelihatan teratur 



p/s: kalau anda analisis dari gaya gaya ini kan, lebih kurang je dengan gaya 2010. cuma kelebihan disini ialah kepelbagaian. itu je aku sukakan fesyen dan apa yang aku perhatikan dari tahun 2005 gaya lama atau macam retro vintage kembali mewarnai dunia fesyen cuma disuntik gaya yang baru bersesuaian dengan zaman moden 
  



Sunday, January 16, 2011

Buku Panduan Telefon Boleh Jadi Lukisan..


kebiasaan kerja melukis dibuat diatas kertas,kain pakaian,dinding bagunan dan sebagainya untuk menunjukkan kreativiti masing2 dalam bidang seni ini..tetapi lain pulak gambar dibawah ini..melukis dengan buku panduan telefon jer boleh hasilkan seni yg menarik..


Barack Obama



angelina jolie 



Monte Kwintern




pelakon u.s



Tokoh Amarika Syarikat


p/s:orang seni jer boleh fikir nak buat benda nie...

Saturday, January 15, 2011

X-Men First Class



x-men first class(trailer)

X-Men:First Class mencartakan permulaan epik saga X-Men , dan mendedahkan satu sejarah gelap awal global yang terkenal. Sebelum itu mutan telah membongkarkan diri mereka kepada dunia , dan Charles Xavier and Erik Lensherr mengambil menamakan Professor X and Magneto, mereka dua lelaki yg muda menemui mereka memberi kuasa buat kali pertama. Bukan archenemies, mereka sebaliknya mulanya terdekat dengan rakan-rakanbekerja bersama-sama dengan Mutants lainmenghentikan ArmageddonDalam proses itu,satu rekahan serius antara mereka membukayang bermula perang abadi antara Magneto X-Men Brotherhood and Professor X.

Bintang-bintang X-Men First Class James McAvoy, Michael Fassbender,Rose Byrne, January Jones , dan Kevin Bacon dan akan dikeluarkan 3 Jun.

Friday, January 14, 2011

Tak Tau Nak Cerita Ape??

Entah angin ape yang rasuk aq ari nie...
segalanya serba tak kena...
adakah sebab RINDU seseorang...
ataupun LESEN kawan-kawan aq tak siap...urm~
atau juga...
apa yang bakal berlaku...
entahlah..
susah nak tafsir perasaan ini disaat ini..
apa yang diharap saat ini...apa yang aq pikirkan semua ini tak kn berlaku..
Ya Allah..Ya Tuhanku..

kuatkan lah semangat aq untuk tempuh semua dugaan yang aq hadapi sekarang..
dan lindungilah aq dari kecelakaan..

Thursday, January 13, 2011

Fast And Furious 5





Plot Filem:
Vin Diesel and Paul Walker mendahului satu pertemuan memulangkan semua bintang dari setiap bab francais mudah meletup dibina kepada kelajuan dalam Fast Five. Dalam bayaran ansuran ini, bekas anggota polis Brian O'Conner (Paul Walker) rakan dengan bekas penipu Dom Toretto (Vin Diesel) pada bertentangan sebelah undang-undang. Dwayne Johnson menyertai memulangkan kegemaran Jordana Brewster, Chris “Ludacris” Jambatan-jambatan, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, Tego Calderon dan Don Omar untuk perlumbaan penting muktamad ini.
Sejak Brian and Mia Toretto (Brewster) pecah Dom daripada jagaan, mereka mempunyai terbang merentasi banyak sempadan untuk mengelakkan pihak-pihak berkuasa. Kini disokong ke dalam satu sudut di Rio de Janeiro, mereka mesti menarik satu kerja terakhir supaya mendapat kebebasan mereka. Ketika mereka memasang elit mereka pasukan pelumba-pelumba terbaik, sekutu-sekutu tidak mungkin tahu mereka hanya menembak keluar untuk cara yang bagus menghadapi rasuah ahli perniagaan yang mahukan mereka mati. Tetapi dia tidak satu-satunya pada ekor mereka.
Agen persekutuan tegas Luke Hobbs (Johnson) tidak pernah tertinggal sasarannya. Bila dia ditugaskan untuk mengesan Dom and Brian, dia dan pasukan pukulannya melancarkan satu serangan habis-habisan untuk menawan mereka. Tetapi sebagai lelakinya koyak melalui Brazil, Hobbs belajar dia tidak boleh mengasingkan lelaki yang baik dari buruk. Kini, dia mesti bergantung pada nalurinya untuk membelok mangsanya…sebelum orang lain menjalankan mereka jatuh dulu.

:)

Thursday, January 6, 2011

Amazing 3D Sidewalk Art Photo..


Gambar-gambar luar biasa ini mencatat lukisan-lukisan dibuat oleh Julian Beever and Kurt Wenner. Kedua-dua Julian dan Kurt telah gaya yang berbeza wujudkan ilusi 3D mengagumkan.Julian Beever ialah satu pelukis Inggeris yang terkenal untuk seninya di kaki lima itu England, Perancis, Jerman, Amarika syarikat, Australia dan Belgium.Seniman Julian Beever dan Kurt Wenner ialah dua orang bandar yang secara bebas membuat beberapa 3D agak mengagumkan mencatat terbaik lorong pejalan kaki. Bawa ke bawah dengan perlahan dan menyinggah setiap bingkai hasil lukisan Julian dan Kurt Wenner.


Produced by Julian Beever

“Cocito” from the Chalk It Up Festival in Pasadena, CA.
Produced by Kurt Wenner – http://www.kurtwenner.com/biography.htm
Produced by Julian Beever
Produced by Kurt Wenner
Produced by Julian Beever

Produced by Kurt Wenner
Lukisan dia sebenarnya daripada satu ilusi. Ilusi-ilusi optik ini gunakan perspektif supaya apabila melihat dari sudut tegak, lukisan-lukisan kelihatan sebagai sebenar seperti satu perkara sangat menarik dan seolah-olah lukisan ini wujud..

Dah Lame Tak Update Blog..

Warggghhh!!! Banyaknya sawang kat warung wak pagek ni!!! 
Anai-anai, tikus semuanya ada. Ya...
akhir-akhirnya wak pagek sangat sibuk dengan bercuti & tugas baru. 
Semasa blog ini ditaip pun, hanya curi-curi masa dengan mata yang kepenatan, 
tetapi tetap teruja ingin meneruskan lagi arena blogging ni. Insya Allah, 
dari masa ke semasa, blog ini akan tetap penuh dengan pengisiannya.

Disini wak pagek ringkaskan sedikit, 
apa aktiviti yang telah wak pagek lakukan 
sepanjang blog ini tidak dikemaskini. 
Terlalu banyak program yang dilalui sehinggakan tidak sempat untuk berkongsi dengan pembaca semua. 
Kepala pun agak serabut sebab nak buat itu dan ini tetapi alhamdulillah 
semuanya bergantung kepada perancangan kita sendiri. 
Bijak merancang bijaklah hasilnya. Insya Allah...
 
 Sebenarnya percutian nie tak dirancang pada mula-mulanya..
Tak sangka pulak disambut serius. Terus set dan confirm,pukul 10, terus nak bertolak.

Huhuhuhu..... Terfikir pulak dalam hati,
percutian yang tak dirancang ni, mungkin batal la kot...
tiba-tiba dapat panggilan dari mamat..dia cakap.
"cepat-cepat siap aku dekat depan rumah kau nie"
adus!!!beg belum kemas lagi..so aku dengan hati yang tenang sumbat jela..
apa barang yang perlu di bawak..haha..(nie lah kalau buat kerje last minit)
tepat pukul 10 pagi, kitorang memulakan perjalanan...
perjalanan ker P.D mmg pantas..
kita orang sampai P.D jer dah pukul 12..
biasa lah kalau bawak kereta dah macam F1..haha..
mestilah sampai awalkan..haha
kita orang pun pusing satu P.D nak cari hotel dengan trafik jam pulak tu..
2-3 jam gak la kami mencari,akhhirnya pukul 3,kami dapat la menginap sebuah hotel yg
 diberi nama Casa Rachado

ada gaya tak??haha
 Hotel nie memang tip top lah der..haha..
lengkaplah semua perkhidmatan kat situ..




semua adakan..best gila...
kat casa rachado nie kita orang menginap 1 hari 1 malam..
penat aku nak menaip lagi..
korang tgk jela gambar yang sempat aku snap..

malam BBQ..
time breakfast..(dah mcm org kaya).haha
time nie kita orang kat pantai main banana bot..
 
pertandingan bola baling..

memang best bercuti dengan korang..
asyik masok air jer...hahaha..

 ~EnD~


p/s : sahabat aku alan..aku simpati atas kerosakkan kereta anda..haha 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...