Thursday, October 25, 2012

Azam aku tercapai,,


Hye all. Lama yang teramat lama aku menyepi. Setengah tahun gak la kan. Erm, skrg aku bz ngn kerja aku. Biasalah. Klu dulu setiap masa ada masa nak update. Sekarang susah pulak. Tambahan pulak line tempat aku nie macam apa ntah. Malas nak cakap. Klu aku cakap nanti dikatakan menghina tempat orang. Lebih baik diam je.

Sepanjang tahun 2012 nie, sampai la sekarang. Macam2 crita & macam2 hal jadi kat aku. Contoh nya, hal CINTA kembali berputik.. story sikitlah,maklumlah tengah bahagiakan,,mesti kena kongsikan,,aku kenal si dia nie dah lama,Haha. Lama la sangat konon nya. takde la lama sangat. Haha. Lama la jugak dan aku merupakan interest in silence dia. Walaupun jarang bertegur tapi dia suka like status FB aku.Haha. Nak di jadikan critalahkan. Haha, tak sangka. Mungkin jalan crita dh di tentukan ALLAH, kita cuma merancang la lepas nie. Semuanya atas kehendak NYA.ktorang berdua bermsg bcalling dan seterusnya dan mengenali antara satu sama lain.sampailah satu pagi tu,dengan cuaca yang agak sejuk,dan agak mencabar aku nak luahkan perasaan yang mendalam,tapi dengan ketabahan aku,rilex jer..satu lah hubungan aku dan si dia pada 24.09.12 pada pukul 3.30pagi,,cinta setelah sekian lama tidak berputik agak kekok jugaklah,,tapi apa pun,saya nak bagi tahu awak,terima kasih sudi,membahagia saya,dan saya akan jadi terbaik dalam hidup awak k,,ada banyak nak distory tapi biarlah tersemat dihati k,,akhirnya azam aku tahun 2012 telah tercapai,,sekian terima kasih..

 

p/s: Ini cerita aku dan dia..Dia yang jauh di mataku tapi terlalu dekat di hatiku..Dia yang aku takut kehilangannya..Dia yang membuat aku rasa begitu keanakan..Dia yang memberikan aku nafas baru dalam diri ini..sayang awak sampai syurga..


 




Saturday, December 31, 2011

Happy new year!!!


Selamat tahun baru 2012 kepada pencinta sekalian.
Kepada anda yang sedang bercinta, semoga bahagia dan sejahtera di samping yang tersayang. Kepada pasangan suami isteri, semoga ikatan rumahtangga anda berada di dalam keadaan yang lebih hormoni. Kepada anda yang di ambang putus cinta ataupun yang sedang putus cinta, semoga anda tabah mengharungi saat ini dengan kekuatan yang sememangnya ada pada diri anda. Kepada yang masih single dan masih tercari-cari pasangan, usah risau, jalan pasti ada mesti ada cara.
Azam tahun baru ni aku nak bekerja keras, cari duit banyak-banyak, simpan duit, selesaikan hutang baru hidup boleh senang hehehehe… Cukuplah tahun 2011 ini tahun aku kumpul hutang,hahaha,
Ada kawan-kawan aku bertanya kenapa tahun 2012 ni tak jadikan tahun mencari jodoh?… huhu siapalah aku?.. duit pun tak ada nak cari jodoh! lagipun aku belum bersedia lagi.. tapi aku ada juga terfikir nak ada orang sentiasa take care kita.. maklumlah dah lama aku kesepian.. kepada semua sahabat-sahabatku semoga tahun 2012 dapat kembali semangat nak bercinta,, ayuh!! bangkit semula,, dan kejarlah apa yang kamu impi-impikan ok.. janganlah kamu putus asa.. perjalanan masih panjang lagi.. Aku nak story sikit pasal Tahun 2011.. tahun paling mencabar dalam hidup aku.. tahun yang mengajar aku banyak erti kehidupan.. tahun 2011 lah jugak tahun aku bertemu dengan betul-betul kawan.. susah payah sama-sama.. dan aku ditemukan pulak dengan seseorang insan yang mem
buat aku Terharu.. dengan k
eikhlasan dia sungguh m
engusik Emosi Dan Perasaan.. 
Walaupun kau bukan kekasih,, 
Namun Bukan Sekadar Teman Biasa,,Hadirmu Mengubat 
Hati Yang Terluka Ini.. semoga tahun 2012.. tahun banyak memori memori indah dari tahun 2011.. wasalam??

Friday, October 14, 2011

Setahun sudah berlalu . .

Hari demi hari,waktu demi waktu. Baru aku sedar ,  dah genap setahun masa berlalu.. aku tak sangka, tapi Satu persatu telah kuhapuskan,Cerita yang lalu itu, Cerita engkau dan aku yang hanya igauan yang lara.. Lelahku tersenyum.. lelahku bersandiwara, Aku ingin pergi… dan berganti hati…. 

Setahun Sudah Berlalu…

Masa berlalu begitu pantas. Tiada kegelisahan. Tiada kesedihan yang melanda. Tidak menoleh kebelakang lagi.
Hampir genap setahun aku bersendiri. Terlalu pantas berganti hari hingga kini oktober kembali. Oktober penuh kegembiraan dan juga kedukaan bagi aku. Penuh!Cerita berbalut sepi yang mengusik jiwa meronta, akhirnya cerita yang punah..
 
Kenapa harus mengimbas masa lampau? Kenapa perlu fikir hal ini?

Kerana ia berkepuk di dada. Ia berbuku di hati!

Moga ini boleh beri kelegaan bagiku. Aku tak pandai bercerita, aku tak selesa menangis di khalayak dan aku tak diajar menagih simpati. Aku hanya mampu menulis.. Dengan harapan hati ini boleh kembali tenang.
 
 Setahun Sudah Berlalu…

semuanya aku lalui dengan penuh kegembiraan dan kadang kala aku lalui dengan kesedihan, Dengan adanya orang yang digelarkan sahabat sahaja yang dapat memberikan keceriaan dalam hidup ini.. tetapi belum cukup untuk memahami kita.. Aku berasa bersyukur sebab aku masih mempunyai sahabat yang dapat hilangkan kesunyian selama setahun yang lalu.. Terima kasih sahabat!!

ini semua tersemat rapi dalam lipatan sejarah hidupku..
terima kasih pada mereka... 


 
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...