Wednesday, April 13, 2011

Welcome Back Kari nGeri

Hye semua, sudah lama kan wak tak update blog. Hehe, yelah kan, paham-paham jela bz dengan warung macam mana. Okay, hari ni Wak free, Wak nak cerita sikit pasal benda ngeri. Korang pernah tengok tak gambar-gambar eksiden yang putus-putus tu? Dulu Wak ada tau jugak pasal blogspot ngeri. Blogger yang paling ngeri di Malaysia. Nama blog nya Kari Ngeri, mungkin korang pernah dengar kan?
Hiduplah Dengan Pantas, Matilah Dengan Cepat, Dan Tinggalkan Mayat Yang Menarik(nie lah trackmark kari nGeri)kalau trackmark dah macam nie belum lagi isi dalam blog nie..hahaha


Dulu Kari Ngeri yang Wak tau, dia aktif dalam blogspot je. Tak lama kemudian, kena block pulak dengan google sebab google tak suka kut. Entah ape-ape.. Padehal belambak lagi laman web hantu, lagi-lagi laman lucah. Kenapa pula google tak kacau? Tapi Togi paham juga kenapa google block Blogspot Kari Ngeri tu. Mungkin sebab Kari Ngeri tu dalam blogspot, so nanti nama blogspot akan kotor.

Tapi itu dulu punya cerita lah yang Wak tau pasal Kari Ngeri. Sekarang ni dorang dah aktif dalam website pulak, haa.. Mungkin pak google dah tak dapat block lagi Kari Ngeri ni. Sebab berbayar, ape hal nak kacau website orang kan? Siapa yang belum tau pasal web baru Kari Ngeri ni, korang boleh tekan ni.

Okay, itu je yang Wak nak cerita hari ni. Ish, tak larat dah nak tengok website tuh. Rasa nak muntah pun ada..




Friday, April 8, 2011

aku bercinta dengan bohsia..

SAYA bercinta dengan seorang gadis sejak lima bulan lalu selepas mengenalinya melalui kawan saya. Bagaimanapun, dia gemar bersosial dan ramai kawan lelaki. Saya mengenalinya pun kerana dulunya saya remaja liar.
Untuk makluman, gadis itu terlanjur terlebih dulu dengan kawan saya sebelum saya turut melakukan perbuatan sama. Dulunya saya berhati keras dan tidak mudah terpikat dengan gadis liar.

Namun tiba-tiba hati saya terpikat dengan gadis yang saya kenal melalui kawan saya ini. Hubungan kami semakin rapat dan setiap kali berjumpa, kami terlanjur.
Pada masa sama, saya juga berkenalan dengan ahli keluarganya. Semakin lama semakin rapat hubungan kami. Satu hari kawan saya menasihati saya supaya meninggalkan gadis itu kerana takut dia akan hamil.

Kawan saya bercerita, gadis terlanjur dengan ramai lelaki dan terkenal di kawasan taman itu. Saya tidak mengendahkan nasihat kawan saya kerana kasih sayang dan cinta saya padanya terlalu mendalam walaupun dia tidak lagi suci.

Saya bercinta dengannya hampir sebulan dan saya sedar perutnya seperti berisi dan dia juga ceritakan yang dia sudah lama tidak datang haid.
Saya tidak takut setiap kali kami terlanjur kerana baru berkenalan, tapi kecut perut jika keluarganya menuduh saya bertanggungjawab.

Beberapa bulan berlalu, ibu kepada gadis itu syak anaknya hamil. Gadis itu tidak puas hati lalu dia menyuruh saya membeli alat memeriksa kehamilan. Saya membelinya dan keputusannya positif.

Dia hendak menggugurkan kandungannya tapi saya tidak benarkan kerana takut nyawanya terancam, lagipun janin dalam kandungan itu tidak bersalah.

Saya berjanji padanya, apa pun terjadi saya tidak akan meninggalkan dia dan akan menjaganya. Selepas kejadian itu, kami berdua bertaubat dan tidak melakukan maksiat. Ibu kepada perempuan itu tidak menuduh saya kerana saya lelaki paling baik berbanding lelaki lain yang pernah bercinta dengan anaknya dan mengenali keluarganya.

Satu hari dia berkata pada saya yang ibunya menyuruh dia berterus terang pada saya dan jika saya tidak menyukainya lepaskan saja dirinya. Namun, saya beritahu gadis itu saya tidak akan lepaskannya kerana dialah perempuan yang saya betul-betul cinta dan saya akan lalui apa pun dugaan yang akan menimpa kami.

Dia gembira kerana saya menerimanya seperti sedia kala. Semakin hari semakin besar perut dia lalu ibunya membawanya ke rumah kebajikan supaya tidak mahu diketahui jiran dan saudara mara.

Dia dibawa ke situ sehingga melahirkan. Sebelum dia pergi, saya sungguh sedih kerana kami berdua pertama kali berpisah buat sementara waktu selama empat bulan.

Satu hari, saya terjumpa kawan yang pernah membuat hubungan dengan kekasih saya dan dia memperli saya kerana kekasih saya pernah membuat hubungan dengannya.

jangan salah faham..nie bukan kisah aku..aku dapt cerita nie pun dari metro harian ..
motif aku ambek cerita..bukan nak aib kn orang..tapi aku respek kat 
mamat tu..
sanggup korban sebab cinta..walaupun dia tau awek dia telanjur ramai lelaki..
tapi dia still setia dan sangup jadi pak sangup..susah nak jumpa lelaki macam tu..




Sunday, April 3, 2011

Tahniah Shaheizy Sam..



Tahniah kepada shaheizy sam atau sam  kerana baru sahaja tadi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang baru selesai berlangsung tadi di Arena Of Stars Genting Highland.
Rezeki ayam nampak di taji, rezeki sam nampak lawaknya (tak siapa tahu lah)..hehe.. baru saja menonjol dalam seni lakonan selama nie dia hanya berdiamkan diri saja,bila tonjol nah kau!! memang terbaik, dah jadi Bintang Popular plk. Bukan itu sahaja,sam juga menang bagi kategori Artis Lelaki Popular tau..memang rezeki dia..Glamor dengan tagline “dimana ada jalan disitu ada highway” nampaknya memberikan tuah
p/s: tahniah2...sam sekarang kau dah naik, jangan kau lupa diri ok..ingat2 lah fan club kau,kurangkan kontrovesi, tingkatkan perestasi..Assalammualaikum!!





Saturday, April 2, 2011

Aksi budak baru nak up!!!

paham-paham sudah aku nak cerita pasal aper, semalam aku jalan-jalan kat FB, aku jalan-jalan dengan member aku, terberhenti kat fb seorang perempuan.. lepas tuh dia ternampak gambar 3 orang budak perempuan yang menunjukkan isyarat lucah , hm..,lihat la gambar bawah nih...




aku tengah terkangkang gelak tengok gambar nie..pelik aku mana lah pergi sikap sopan satun seorang perempuan.."...aku pun dah terbarai gelak tengok gambar nie, sebab macam sangap jer...hahaha..
bak kata Raja Lawak 3 Sepah " kau main jela dengan burung kau, Tak yah nak Sibuk dengan burung aku..hahaha"

ni lah contoh budak baru nak up!, baru nak rasa dunia 2, 3 kali dah macam masuk sejuta kali... gaya nak tiptop...standard la , lain kali tak payah la nak bergaya simbol macam ni, memalukan. sah budak baru nak up!!!



Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...