Tuesday, August 23, 2011

Pilihan amat perlu dalam hidupan.

Banyak orang dan mungkin semua orang pasti memilih dalam kehidupan mereka. Nak beli barang mesti kena pilih kan. Sebab apa nak kena pilih, sebab nak cari yang terbaik dan tak nak menyesal kemudian. Banyak benda la selalu kita pilih, macam nak beli sesuatu memang kena pilih, takkan nak main beli saja, rugi kalau terbeli yang buruk.





Tetapi selalu dalam bab-bab memilih ni orang ramai suka cakap tentang hal jodoh, memang betul la kan, nak jadi pasangan hidup, kemudian nak mengadap hari-hari lak tu, mestilah kena pilih. Aku rasa takda hal masalah kalau nak memilih pasangan hidup ni…so pilih baik-baik.

Apa yang aku nak perkatakan di sini ialah perkara yang bertentangan dengan intro tadi iaitu perkara yang kita tak boleh nak pilih. Mungkin kita tak berapa perasaan dan tak tahu yang ada juga benda yang kita tak boleh nak pilih dalam hidup ni. Benda yang tak boleh pilih ialah benda yang terpaksa kita terima seadanya. Perkara yang tuhan bagi dan kita tidak boleh buat pilihan tak banyak macam yang boleh pilih. Antaranya ialah:


Kehidupan

Kehidupan ini memang tidak boleh di pilih. Tuhan yang pilih kita untuk untuk hidup di dunia ini. Bagaimana kehidupan kita di dunia telah di tentukan olehNya tetapi kita pun tak tahu apa nak jadi pada kita esok hari. Apa yang kita boleh buat pilihan ialah pilih jalan yang lurus untuk selamat di dunia dan akhirat.


Nabi

Nabi pun kita tak boleh pilih. Tuhan dah bagi Nabi masing-masing. Untuk umat Islam akhir zaman ialah Nabi Muhammad SAW. Kita dah tak boleh nak pilih nabi- nabi yang lain sebagai nabi kita. Jangan pilih orang yang mengaku nabi sebagai nabi kita (sesat kita nanti)


Diri kita.

Kita lahir sebagaimana yang di tentukan. Sesiapa pun terpaksa terima keadaan diri kita. Ibu bapa tak boleh nak setting bakal anak yang nak di lahirkan. Apa yang boleh di harapkan hanyalah lahir dengan baik dan sihat. Beruntung orang yang sihat dan cukup semuanya dari aspek fizikal bebanding dengan orang yang OKU.


Ibubapa

Ibubapa memang sah-sah tak boleh nak pilih. Tak sama ibu bapa kandung dengan ibu bapa tiri atau angkat. Sebab tu Tuhan suruh hormat ke dua ibu bapa, sebab mereka adalah pilihan Tuhan kepada kita. Kita terpaksa terima ibu bapa kita termasuk sekali dengan perangai-perangai mereka. Buruk baik perangai mereka, mak bapak kita juga. Kira nasibla.


Anak

Anak yang di lahirkan kat dunia oleh ibu-ibu juga tak boleh di pilih. Anak adalah rezeki kepada kita. Kita tak tahu bagaimana anak yang nak di lahirkan. Hanya boleh scan kat hospital kalau nak tengok jantina dan keadaan anak tersebut. Terimalah dengan seadanya semua dari segi aspek, apa yang boleh kita lakukan hanyalah memberikan apa yang termampu dan terbaik untuk anak tersebut.


Adik beradik

Adik, abang, dan kakak kita adalah perkara yang terpaksa kita terima. Mereka juga adalah anugerah kepada kita untuk kita terima mereka seadaanya. Jagalah hubungan darah daging tersebut semampu mungkin. Mereka juga berkongsi dan menggunakan perut yang sama untuk melihat dunia. Kita kena bersyukur sebab mempunyai adik beradik kerana ada jugak orang yang kurang bernasib baik tak ada adik beradik. . betul tak??


Saudara mara

Emak, Bapa saudara (mak menakan) sepupu sepapat kita juga kita tak boleh pilih. Kalau diaorang tak best nasib la kita, kena terima juga. Mereka sebahagian daripada kita dan ada pertalian saudara. Kalau tulis salasilah keluarga kena masukkan juga nama-nama mereka.

Itulah serba sedikit apa yang boleh di huraikan tentang benda-benda yang tak boleh nak pilih dalam kehidupan kita. Jagalah perkara-perkara tersebut dengan baik, sebab perkara tu kita dah tida pilihan, kita kena terima seadanya terima bulat-bulat orang kata. Satu lagi nak di ingatkan, benda yang tak boleh nak pilih ialah benda yang tiada ganti, kita kena paham baik-baik. Mungkin ada hikmah di sebalik percaturan sedemikian.


1 comments:

MalizaMah said...

singgah2 jap..... klik2 iklan n baca entry.
terus maju dgn nffng...
salam perkenalan.

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...