Friday, April 8, 2011

aku bercinta dengan bohsia..

SAYA bercinta dengan seorang gadis sejak lima bulan lalu selepas mengenalinya melalui kawan saya. Bagaimanapun, dia gemar bersosial dan ramai kawan lelaki. Saya mengenalinya pun kerana dulunya saya remaja liar.
Untuk makluman, gadis itu terlanjur terlebih dulu dengan kawan saya sebelum saya turut melakukan perbuatan sama. Dulunya saya berhati keras dan tidak mudah terpikat dengan gadis liar.

Namun tiba-tiba hati saya terpikat dengan gadis yang saya kenal melalui kawan saya ini. Hubungan kami semakin rapat dan setiap kali berjumpa, kami terlanjur.
Pada masa sama, saya juga berkenalan dengan ahli keluarganya. Semakin lama semakin rapat hubungan kami. Satu hari kawan saya menasihati saya supaya meninggalkan gadis itu kerana takut dia akan hamil.

Kawan saya bercerita, gadis terlanjur dengan ramai lelaki dan terkenal di kawasan taman itu. Saya tidak mengendahkan nasihat kawan saya kerana kasih sayang dan cinta saya padanya terlalu mendalam walaupun dia tidak lagi suci.

Saya bercinta dengannya hampir sebulan dan saya sedar perutnya seperti berisi dan dia juga ceritakan yang dia sudah lama tidak datang haid.
Saya tidak takut setiap kali kami terlanjur kerana baru berkenalan, tapi kecut perut jika keluarganya menuduh saya bertanggungjawab.

Beberapa bulan berlalu, ibu kepada gadis itu syak anaknya hamil. Gadis itu tidak puas hati lalu dia menyuruh saya membeli alat memeriksa kehamilan. Saya membelinya dan keputusannya positif.

Dia hendak menggugurkan kandungannya tapi saya tidak benarkan kerana takut nyawanya terancam, lagipun janin dalam kandungan itu tidak bersalah.

Saya berjanji padanya, apa pun terjadi saya tidak akan meninggalkan dia dan akan menjaganya. Selepas kejadian itu, kami berdua bertaubat dan tidak melakukan maksiat. Ibu kepada perempuan itu tidak menuduh saya kerana saya lelaki paling baik berbanding lelaki lain yang pernah bercinta dengan anaknya dan mengenali keluarganya.

Satu hari dia berkata pada saya yang ibunya menyuruh dia berterus terang pada saya dan jika saya tidak menyukainya lepaskan saja dirinya. Namun, saya beritahu gadis itu saya tidak akan lepaskannya kerana dialah perempuan yang saya betul-betul cinta dan saya akan lalui apa pun dugaan yang akan menimpa kami.

Dia gembira kerana saya menerimanya seperti sedia kala. Semakin hari semakin besar perut dia lalu ibunya membawanya ke rumah kebajikan supaya tidak mahu diketahui jiran dan saudara mara.

Dia dibawa ke situ sehingga melahirkan. Sebelum dia pergi, saya sungguh sedih kerana kami berdua pertama kali berpisah buat sementara waktu selama empat bulan.

Satu hari, saya terjumpa kawan yang pernah membuat hubungan dengan kekasih saya dan dia memperli saya kerana kekasih saya pernah membuat hubungan dengannya.

jangan salah faham..nie bukan kisah aku..aku dapt cerita nie pun dari metro harian ..
motif aku ambek cerita..bukan nak aib kn orang..tapi aku respek kat 
mamat tu..
sanggup korban sebab cinta..walaupun dia tau awek dia telanjur ramai lelaki..
tapi dia still setia dan sangup jadi pak sangup..susah nak jumpa lelaki macam tu..




2 comments:

shamyheart said...

bagus betul lelaki macam tu.. susah nak jumpa.

Anonymous said...

sangat susah..huhu

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...