Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami di Jepun.
Anda merungut talian internet terlalu perlahan? Atau tidak dapat akses langsung? Secara tidak langsung akan mengganggu emosi anda kan? Bertenang.. bertenang... masalah ini bukan datang dari pihak CPTM, atau pun komputer anda sendiri.. tapi masalah ini berpunca dari kabel internet dasar laut yang mengalami masalah akibat gempa bumi kuat yang melanda negara Jepun tempoh hari.
Ini contoh kabel dasar laut.
Berikut merupakan petikan mesej dari pihak TM..
Telekom Malaysia (TM) kini mengumumkan yang mana para pengguna internet di Malaysia mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun.
Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.
Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment