Sunday, March 20, 2011

Lawak kau tak antarabangsa En.Fizz Fairuz..

aku ingat Epy Raja Lawak 5 saja yang buat lawak tidak kelakar.Rupanya ada lagi artis di Malaysia ni yang buat lawak lagi tak kelakar langsung.Tak kelakar 1 hal,yang kasihan menampakkan diri sendiri yang daif sangat.
Artis yang dimaksudkan pelakon Fizz Fairuz. Bayangkan patutkah Fizz ni tulis dalam laman Twitter dia berbunyi,"manalah ultraman n power ranger n doremon dlm saat2 genting tsunami di Jepun".Sebenarnya gurauan sebegitu tak melucukan langsung ketika manusia lain timpa bencana.Mana pergi nilai sensitif dan kemanusiaan Fizz oioioi??Awak tak sedarkah betapa sedih perasaan manusia lain yang hilang ahli keluarga, rumah dan kenderaan rosak teruk, pendek kata hilang segala-segalanya.
Orang lain ketika ini tengah bersusah payah cari ibu bapa dan ahli keluarga yang terpisah, Fizz pula dok buat gurauan yang tak bertempat.Aku rasalah Fizz ni sanggup tulis gurauan macam tu sebab mungkin dia tidak ada ahli keluarga yang belajar atau bekerja di Jepun.Itu yang main ikut suka hati nak tulis apa yang dia suka.Ingat Fizz,dalam dunia nak buat apa-apa pun kena ada had.Bukannya main redah saja. Tengok, dah tersalah redah, satu Malaysia pandang rendah kepada kau. Bila dah kecoh pasal gurauan tu, tahu pula tak nak komen bila wartawan tanya. Peliknya, hari tu berani sangat nak tulis! Ingat, terlajak moto boleh undur, terlajak dalam twitter susah jadinya. apa-apa pun kau pikir lah sendiri!!!

5 comments:

Eyqasara said...

niat dia nak gurau tu... tapi tak kene tempat...

Rynie Nas a.k.a Myung Hee said...

tader sifat simpati & empati dalam diri...artis ne kadang ade jgk yang twit ikot sedap hati je...heh..

Muhammad Ariff Asyraf said...

eyqasara: mybe lah..tpi klau grau tu biar lah ada batas kn..

rynie: btol tu..mntang2lah dia artis..so bleh wat suka ati lah..

Ain Tralala said...

sajer buat lawak bodoh...
lau ckp tak pndai guna otak jd mcm tue lah;)

p/s : sudah follow anda :)

sha said...

haha, macam2..

kalau tak nak tolong pun, jgn la perli2 org Jepun mcm tu.. Isk, lempang kang.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...