Thursday, January 20, 2011

Khurafat

hye!! dah tengok khurafat?? lakonan Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay, memang seram,sampai aku terperanjat ar jugak..haha.. malah sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan diperoleh. Hanya ketakutan menyelubunyi minda. Semuanya gara-gara filem terbaru Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Syamsul Yusof.

KHURAFAT berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan. Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam filem ini.


Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang antara manusia dan syaitan. Manusia sebagai insan yang lemah, membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan tipu daya syaitan.
Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya, pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.
Tanda tanya dan trauma yang melanda ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan, Anna (Sabrina Ali). Walaupun mengetahui Johan sudah berumahtangga dan bergelar suami yang sah kepada Ayshah, Anna masih terus mengganggi dan merayu Johan menerimanya semula. Setelah ditolak cintanya, Anna ditemui mati akibat bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan dan isterinya.


aku berikan 6 bintang kepada Syamsul atas Khurafat yang begitu memberansangkan. Dan tidak dapat dinafikan, pengarah muda ini sememangnya layak memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM23. Liyana Jasmay juga begitu comel dan ayu bertudung litup. Namun pujian utama harus diberikan kepada Sabrina Ali atas penghayatan dan kemampuannya membawakan watak Anna dengan begitu baik sekali.

style gile macam hantu Ju-On..haha

mencabar en?





 ~eNd~
                                                                                                                                                                     

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...