Wednesday, January 26, 2011

Faedah Laman Sosial.







France: Laman sesawang sosial Facebook dan Twitter mengatasi Myspace sebagai ruang baru paling popular untuk peminat berhubung dengan artis kegemaran mereka, kata sumber dalam industri berkenaan.
Laman itu turut menjadi medium terbaru untuk mereka menghebahkan konsert yang akan berlangsung dan menarik perhatian peminat muda supaya menggemari muzik mereka. Peminat berusia 16 hingga 24 tahun lebih gemar untuk membuat salinan cakera padat (CD) tanpa melakukan pembayaran, manakala peminat berusia 12 hingga 15 tahun pula adalah generasi digital hari ini dan esok, kata Timbalan Presiden Kaji Selidik Forrester iaitu kumpulan kaji selidik pasaran yang berpengaruh, Mark Mulligan kepada majlis tahunan industri muzik MIDEM di Cannes, semalam.

Walaupun hanya 15 peratus kumpulan orang muda ini memuat turun muzik melalui rakan dan 12 peratus lagi membeli album, tetapi 56 peratus mendengar muzik di telefon bimbit dan 53 peratus pula menonton video muzik di Internet.
“Mereka berusia 12 hingga 15 tahun yang mewakili pengguna masa depan dan membesar dengan Internet mahukan pengalaman muzik yang hebat di mana mereka boleh melihat, mendengar dan berkongsi,” kata Mulligan dalam persidangan itu. Kebanyakan pemuzik sudah berubah kepada medium ini dan menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk berhubung dengan peminat bagi meningkatkan populariti dan jualan muzik mereka.

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...