Sunday, February 27, 2011

benda apa yang penting dalam hidup korang?

Dalam banyak-banyak BENDA yang korang ada, agaknya BENDA apa yang paling penting sekali dalam hidup korang? Maknanya, tanpa BENDA ni hidup korang dalam sehari tu jadi tak tentu hala, tanpa BENDA ni mungkin korang rasa macam ada je yang tak kena.
Ada orang mungkin BENDA yang paling penting dalam hidup dia adalah handphone… kalau takde handphone memang huru-hara hidup dia satu hari… yea lah, handphone sekarang dah jadi alat perhubungan yang penting…
Kalau takde handphone atau handphone tertinggal kat rumah, macam mana nak contact awek, kemungkinan peluang bisnes juta-juta pun boleh hancus…




gambar hiasan(Blackberak)



Ada orang mungkin kereta paling penting… ada orang mungkin PC atau laptop, mungkin orang lain pulak wallet… perempuan pulak mungkin handbag… tak mustahil ada orang tak boleh lekang dengan cap (topi) sebab kalau tak pakai cap, mungkin hancuslah imej tertentu yang diorang bawak.
Ada orang pulak mungkin huru-hara hidup dia dalam sehari kalau tak main PSP, PS2 atau X-Box… ada orang mungkin tak lengkap harinya tanpa surat khabar… ada orang kalau tak baca buku sehari, rasa macam ada je yang tak kena, ada orang pulak kalau tak pakai jam tangan tak sah…
Sesetengah orang mungkin tak keruan kalau tak berkepit dengan bantal busuk dalam sehari… mungkin ada orang yang mesti bawak i-pod ke mana-mana… kalau rempit pulak mesti tak boleh berenggang dengan motor…Bagi aku, BENDA yang paling penting dalam hidup aku dah tentunya handphone… keje macam aku ni kalau takde handphone susah, yea lah zaman sekarang ni semua maklumat perlu disampaikan dengan cepat…Laptop?? …. hmmm, kalau takde laptop takpe kot… takde lah hari-hari aku terpaksa perah otak sebab nak cari idea untuk update blog aku nih… huh… entry merapu ni pun aku tulis sebab tengah takde idea… ish… mungkin kah aku semakin hilang sentuhan??

Thursday, February 24, 2011

Apabila Orang Dah Takde Feeling.

Selamat Pagi Semua!!!
Topik aku hari nie Apabila Orang Dah Takde Feeling..ok..aku nak start story sikit nie..semalam aku dengan kawan-kawan lepak dekat mid valley..lepak tengok wayang jer bkn tengok KLCC k..hahaha..lepas aku habis tengok wayang..tiba-tiba perut rasa lapar der!! aku pun ajak lah kawan-kawan aku pergi singgah food court..nak kena nasi ayam..hahaha..lepas aku dah order nasi ayam..pergi cari table kosong..untuk menjamu selera...dapat pun table kosong..tiba-tiba aku terpandang table depan aku..perh!! lawa betul awek tu(lawa sangat ker)hahaha..table depan aku nie ada pasangan bercinta ngn kawan-kawannya..tiba-tiba datang seorang lelaki dekat table tu..aku pun jadi heran?? dan jadi tertanya-tanya??(dah macam cerita suspenlah plak)hahaha..lelaki tu pun duduk dekat sebelah perempuan tu..aku pun terdengarlah perbualan antara lelaki tu dengan perempuan tu...

lelaki : U..I ada bawak U hadiah...

perempuan: aku tak nak semua nie...ape nie??

lelaki : I bawak hadiah birthday untuk U ..

perempuan: aku tak nak semua nie..kau ape hal datang sini??kau tau tak yang kau kacau mood kawan-kawan aku..baik kau belah lah!!!

lelaki : Sorylah I ganggu kawan-kawan U..I takde niat nak ganggu kawan U..I cume nak jumpa U jer...

perempuan: kau tau kan yang aku takde feel langsung dengan kau..dalam hati aku nie takda perasaan rindu,sayang,cinta..kau tau tak aku dah kosong dalam diri aku terhadap kau..baik kau belahlah!! sekarang..

lelaki: sampai hati U cakap macam tu dekat I..

perempuan: untuk pengetahuan kau..dekat sebelah aku nie boyfriend baru aku..kita orang baru jer couple..
bila yer sayang??

boyfriend baru: eEeeRmmm!!!(otak dah jam lah tu)

perempuan: kitaorang couple lepas putus dengan kau ...hahaha..(mak ai!! gelak besar)

lelaki:Yeke?? aku nak tanya boyfriend baru kau lah..asal kau sayang dia??

boyfriend: aku..aku..(mak ai!! gagap ker).....aku sayang dia dasar kesian..

lelaki: owh!! kau kenal dia berapa lama??

boyfriend: kitaorang kenal baru 1 bulan..

perempuan: dah lah..kau buat apa nak tau semua..kau belahlah sekarang...

lelaki tu pun pergi dari table tu dengan keadaan kecewa..aku tengok lah lelaki tu memang steady sampai berani bersemuka dengan ex-girlfriend dia ngn madu dia..tanpa nak bergaduh..bukan senang dapat jumpa orang macam tu.. sanggup datang sebab nak tahu perkara sebenar...aku respek lah lu bai..
ANDA mungkin antara wanita bertuah. Cantik, berjaya dan anak orang kaya kerana memiliki keluarga kaya. anda bagaikan menghampiri kesempurnaan kerana dianugerahi lelaki kacak.kalau kacak pun tapi juz nak main perasaan perempuan tak ok gak betul tak??aku nak korang bukak warung kopi klang blog dia menceritakan pasangan bercinta dan baca lagi 1shitsazrella blog nie menceritakan pasal luahan seorang perempuan..aku nak tanya koranglah apa perasaan korang kalau disituasi nie??

p/s: janji hanya sekadar janji..bila hati kita dah orang tak hargai so kita redha apa yang berlaku..maybe nie 1 dugaan dari Ilahi..dan anggap nie 1 pengalaman hidup yang paling bermakna..kalau dia jodoh kita ia akan kekal..kita bercinta jangan lah pandang pada rupa..sebab kita tak tahu apa isi hati dia sebenar...bila anda menyesal apa anda lakukan..ia tak kan boleh berputar balik..
Maaf.. Coretan di pagi ini yang agak menjengkelkan....

Tuesday, February 22, 2011

Apa bestnya ada abang@adik angkat?? adik sendiri pun tak terjaga..

Sering kali kita terdengar istilah abang angkat,kakak angkat dan adik angkat di kalangan masyarakat kita. perkara ini sudah menjadi sinonim dalam masyarakat dunia dan juga kita kerana kerap kali kita mendengar seseorang itu menjadi seorang budak itu menjadi adik angkat kepada seorang lelaki atau perempuan.aku heran betul kenapa perlu ada ikatan angkat2 nie..sedangkan adik dekat rumah tu pun tak terlayan..betul tak???

Jika ada bagaimana dan kenapa anda boleh mengiktiraf seseorang itu di dalam kategori ANGKAT dan ia boleh menyebabkan 1 hubangan terputus..oleh kerana adanya sikap berangkat-angkat..Jadi, disini aku akan menyenaraikan sebab musabab..




1) Jika anda sudah menjalinkan hubungan suami isteri@sedang bercinta..ia boleh menyebabkan pergaduhan dan perpisahan..


2)Sedarlah bahawa budaya angkat-mengangkat ini sebenarnya adalah tipu daya dan perangkap syaitan. Hakikat dan matlamatnya adalah sama. Itulah cinta yang diberi nafas baru.




Ingin aku ingatkan disini, apa yang kita buat, mesti ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Sejak aku kaji benda nih, aku dah nampak banyak keburukan yang berlaku di depan dan disekeliling aku mengenai hal ini. Memang ada baiknya tapi banyak buruk daripada baik. Aku memang tak menggalakkan budaya angkat-angkat orang nih. Tak payah lah! Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Mesti korang cakap, dia (aku) tulis macam nih boleh lah sebab dia (aku) dah ada semua tuh (abang, kakak, adik). Buat yang anak tunggal, anak bongsu, anak sulung jangan lah marah. Ini hanya pendapat aku sahaja dan aku tau pendapat aku nih banyak negatif daripada positif. Hehe. BANYAK BURUK DARIPADA BAIKNYA. Itu je yang aku nak cakap. Sekian.

p/s: kepada yang terasa aku mintak maaf..aku hanya insan biasa...tapi boleh jadi luar biasa..hahaha

Sunday, February 20, 2011

Hubungan Sendiri Bermasalah, Orang Lain Kene Marah.

Hye!!Hari nie aku nak cerita pasal kenapa suka salahkan orang lain..aku nak cerita nie sebab aku ada baca 1 blog perempuan yang mana dia story pasal BF dia..tapi yang aku heran kenapa dia suka salahkan ex dia..padahal tu kesilapan dia.. Ape pendapat korang terhadap orang yang suka salahkan orang lain walaupun dia yang salah...bila dia salahkan orang lain tanpa sebab...dia yang buat salah then dia yang marah orang..Ape perlu buat dengan orang macam ni?


Jika seseorang membuat kesilapan, janganlah salahkan orang lain. Tapi salahkanlah kesilapan yang dia buat. But, to blame is not enough. Kenapa perlu salahkan saja? Tiada pilihan lain selain menyalahkan orang? Cubalah perbetulkan orang itu. Jangan tau salahkan orang saja. Setiap orang ada maruah mereka yang tersendiri. Bila kita salahkan seseorang tanpa cuba memperbetulkan dia, orang itu akan merasakan yang dirinya tidak berguna. Dia rasa tiada orang yang peduli pun dengan dia. Bila sudah fikir macam tu, dia tidak akan kisah lagi untuk ulang balik kesilapan yang sama. Remember, human will never escapes from mistakes. Akan ada satu point tertentu dalam hidup, kita juga akan melakukan kesilapan.

Pengajaran Dari Kisah Perempuan tu..
1. Jika anda sedang menghadapi masalah hubungan cinta anda, ingatlah minda anda akan cenderung untuk menjadi tidak rasional/waras.
2. Ketika anda dilanda masalah cinta, minda kuno (primitive brain) anda akan ‘take charge’ di mana anda akan sering melakukan tindakan di luar kawalan anda.
Contohnya cakap main lepas, suka marah orang, dan asyik moody. Sebaik-baiknya tenangkan minda anda dan berfikir secara rasional sebelum anda melakukan sebarang tindakan yang boleh menyakitkan pihak lain.


p/s: oleh yang demikian, jangan la kita suka salahkan orang ..tapi sentiasa la nikmati ia dengan menghiasinya dengan penuh warna-warni dan pelbagai corak..sentiasa panjatkan doa dan kesyukuran pada ALLAH yang Maha Mengetahui..

..kadang2 ALLAH sembunyikan matahari..
..Dia datangkan petir dan kilat..
..kita menangis dan tertanya2 ke mana hilangnya sinar..
..rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

Cerita ini tak ada kene mengena dengan yang hidup atau pun dah mati..yang terasa aku mintak maaf??
saya hanya insan biasa...

Thursday, February 17, 2011

bila hati terasa tidak dihargai, habis tembakau puntung dibuang.

Bila aku baru menapak pulang dari menunaikan Solat Jumaat, aku terus bukak blog..
mula2 aku juz nak jegok blog orang jer..tapi bila dapat panggilan dari seorang kawan..
tiba-tiba aku rasa nak luahkan isi hati aku yang seberapa ini..orang lihat aku..
seorang yang happy,funny,ada duit jer..tapi tu sume luaran jer..bukan dalaman..
tapi apakan daya..dugaan aku sebagai seorang kawan..kalau aku cakap "tidak
mesti kau nak marah kan..tapi aku nak jaga hati kau..aku cakap lah "yer"..
apa2 pun aku nak berusan dengan kau kali ini jer..pasni pandai2lah sendiri..


Kata ibu aku , sahabat tu ibarat lesung dan alunya. Tanpa salah satu darinya maka tak boleh la kedua- duanya berfungsi. Dan jika hilang alu ataupun lesung tak ada apa yang boleh dibuat lagi.. Hmm begitu hebat tafsiran seorang ibu terhadap nilai seorang sahabat.. 

Kalau tak ada pergaduhan, perselisihan faham, persahabatan itu belum benar- benar kukuh untuk di uji. Ia juga merupakan mekanisme mematangkan diri.

Hargailah sahabat kita selagi mereka masih ada. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat yg betul2 bermakna. Maksudnya bila kita tak ada, kehilangan kita tu di rasai.

Untuk sabahat2 yang di kasihi teruskanlah apa yang kita perjuangkan selagi nyawa masih berbaki, selagi nafas tidak berhenti...




Sering aku tegaskan pada hati.. Tak perlu menjaga hati orang lain kalau hati sendiri sakit.. Erm.. Tapi tak terdaya.. Memang sifat kasihan dan simpati aku sukar dikikis.. Sebab tu cakap aku nie sensitif dan berhati tisu..kadang kala aku nie suka simpan jer dalam hati lalu ku serahkan takhta itu pada azman..
Maaf.. Coretan di petang ini yang agak menjengkelkan..

bila hati terasa tidak dihargai, habis tembakau puntung dibuang (?)

KENANGAN adalah KENANGAN..

Selamat Malam Semua!!

Topik aku hari nie..pasal kenangan..ape itu kenangan??macam mana lahirnya kenangan??best ker ada kenangan?? apa semua nie!!hahaha..

Setiap insan yang bergelar manusia pasti mempunyai kenangan, pasni mempunyai impian dan yang paling pasti adalah mempunyai harapan dan keinginan sama ada dalam keadaan sedar atau sebaliknya namun setiap apa yang berlaku itu bukanlah satu petanda yang kita tidak pernah memikirkan tentang adanya kehidupan lain selain yang kita lalui sekarang. Walau seribu kehendak yang dapat kita fikirkan, sejuta harapan yang kita lemparkan namun jika ianya tidak mendapat keizinan dari yang Maha Esa ianya hanyalah sekadar impian dan keinginan untuk dikenang hingga akhir hayat.



Jawapan adalah sesuatu yang pada pandangan kasarnya amatlah perlu jua pada pandangan halusnya ia amatlah beerti dan sukar digambarkan bagi mereka yang tidak pernah memahami dan mengenali erti kehidupan sebenar walau setiap yang datang itu kadangkala tidak kita kehendaki jua tidak sesekali terlintas difikiran benak manusia normal.



Jawapan demi jawapan selalu dinantikan bak menatang minyak yang penuh dan  menunggu pohon berbuah, tapi ada orang cakap penantian itu satu penyiksaan tak kurang juga yang akan senangtiasa menanti dan terus menanti akan keajaiban yang berlaku walau pun sebenarnya ia tahu ia mustahil untuk berlaku. Salahkah untuk kita mengharap dan menanti? Salahkah jika kita mengambil penantian itu sebagai satu cabaran hidup dan sesekali tidak akan mengenang ia sebagai musibah atau bala jika tidak mendapat apa yang kita mahukan...



Antara kelebihan dan kekurangan yang mugkin perlu kita lalui bila berdepan dengan suasana atau situasi begini satu adalah cuba kita ingat atau kenangkan kembali apa yang telah dan sedang kita lakukan sama ada melibatkan apa yang kita nantikan atau pun tidak.. Bak kata cerdik pandai, "Sejarah akan berulang..cuma masa,keadaan,tempat dan dengan orang yang berbeza atau pun sama.."  Tapi pernahkah kita terfikir jika betul apa yang dikatakanya kenapa kita tidak pernah bersiap sedia? Kenapa kita sering lupa dan alpa akan apa yang pernah berlaku, tepuk dada tanyalah iman..............................

p/s: KENANGAN adalah KENANGAN..
KENANGAN hanya untuk diKENANG..
jangan diLUPAKAN

Tuesday, February 15, 2011

Anda penah bercinta??


hellu semua!!
hari nie aku nak story pasal cinta..apa itu cinta?? best ker bercinta?? romentik sangat ker bercinta?? ok lah..pada mula-mulanya tak terfikir pun nak cerita pasal cinta nie..
bila aku bukak FB aku ternampak ada seorang gadis bernama Fara Azmi click sini update blog dia pasal cinta...memang seronoklah bace...sampai aku terkena lah kisah cinta tu...hahaha..
tapi yang aku nak story nie tak sama lah dengan dia..aku nak cerita macam mana nak buat perbeza jalinan sebuah cinta..
Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama.Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.
Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina

.


1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.



2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.



3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.



4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.



5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.



6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.




7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.



8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.


9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.



p/s: hahaha..dalam banyk2 tips dekat ats ni..aku just setuju yang boleh guna la...
..no1 no4 no5 no6..
yg laen tu aku rasa bkn budaya kita nak wat mcm tu..
atau lebe senang bkn budaya aku..
hahaha..kalau ade nak buat  no2 no3 no7 no8 n no9 tu..baik jangan lah..
dosa tau!!!

Monday, February 14, 2011

1 Malaysia 1 Ummah..







Assalamualaikum wbt,



Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan 


(12 rabiulawal 1432H/ 15 Feb 2011)
 kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita dapat menghayati dan menghargai pengorbanan Rusulullah tercinta dan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.Hanya perpaduan kita sesama mukmin yang akan menyelamatkan kita di bumi bertuah ini.

Yang Ikhlas,

14 Februari tak HARAM...Yang SAMBUT Valentine Tu Yang "HARAM"


Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Satu lagi produk tradisi import dari barat mulai merebak di sebahagian kalangan muda-mudi kita, pasangan suami isteri, scandal. pasangan selingkuh di 14 februari iaitu valentine day ( bahasa ndeso: plentin de). Tradisi merupa “perayaan” kasih sayang berformat tukar hadiah, tukar bunga, beri perhiasan,tukar pasangan berbagi bersetubuh,disertai pesta Valentine, minuman keras & mabuk sepanjang malam.


p/s: Ini jelas, bahawa sambutan itu adalah amalan orang Kristian dimana sejarah sambutan hari itu berasaskan daripada agama mereka. Baca Sini selanjutnya. Paling penting nasihat dan amaran ini HANYA untuk orang Islam sahaja. Untuk penganut agama lain jangan sibuk masuk campur dan nak cari populariti. Jaga sensitiviti agama masing-masing cukup!. 



Saturday, February 12, 2011

Justin Bieber Beli rumah berharga AS$1.7 juta!!

hari nie aku nak cerita pasal Justin Bieber..korg mesti kenalkan mamat nie...sape tak kenal?? betol tak...


Dalam usia baru mencecah 16 tahun, penyanyi terkenal, Justin Bieber dilaporkan telah membeli satu unit kondominium berharga AS$1.7 juta (RM5.2 juta) di Los Angeles, lapor laman Real Estalker.com di Internet.Kondominium Justin Bieber itu dikatakan memiliki tiga buah bilik, terletak di kawasan Westwood, bersaiz 222.967 meter persegi dengan hiasan dalaman yang moden.Keseluruhan kondominium itu dilengkapi jubin lantai berkilat, dinding berwarna putih dilengkapi perabot mewah dan cermin dari lantai hingga ke siling.Kondominium itu turut menyediakan kemudahan lain seperti pusat kesihatan, tempat letak kenderaan dan bilik parti.betul-betul besar lah kondo dia..




p/s: aku tak dapat nak taip panjang-panjang.sebab hari nie aku penat sangat...banyak sangat kerjamemang banyak aku nak cerita hari nie..sory k

Wednesday, February 9, 2011

Paris Hilton Peluk Agama Islam..Biar Betol!!!!

Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.
Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan."Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin.

p/s: hentah betol hentah tidak...tgok gambar macam edit...
Wallahualam...

Tuesday, February 8, 2011

Kanak-kanak bermandi dengan beruang kutub


DUA kanak-kanak seolah-olah berada dekat dengan dua ekor beruang kutub di Habitat Beruang Kutub di Cochrane, Kanada baru-baru ini.
COCHRANE, Kanada - Kanak-kanak kini dapat berenang beberapa sentimeter dari beruang kutub di sebuah taman haiwan, lapor sebuah akhbar semalam.Sebuah cermin lut sinar setebal 25.4 sentimeter didirikan di sebuah kolam renang yang membolehkan kanak-kanak berenang sambil melihat beruang gergasi itu.Kemudahan itu disediakan di Habitat Beruang Kutub di sini sebagai salah satu cara untuk membangkitkan pengetahuan mengenai haiwan unik yang terdapat di dunia.
 

Monday, February 7, 2011

Gadis Suka Makan Sabun.

MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya.
p/s:ada manusia macam nie kan?? pelik-pelik...

Sunday, February 6, 2011

Biar Betul!!!

contoh UFO
SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.


TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.
“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,”

p/s: UFO yang berlegar di angkasa bumi bukan lagi satu fenomena luar biasa di mana-mana pelusuk dunia ini. Malah ada negara yang punya institusi sendiri bagi mengkaji UFO. Saya sendiri pernah menyaksikannya, cuma saya tidak pasti sama ada ia benar-benar  UFO yang berlegar di angkasa  atau jin dan iblis.Tapi saya lebih risau tentang UFO yang berada di bumi dari UFO yang berlegar di angkasa. UFO jenis ini telah muncul di banyak tempat - Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai, Pelabuhan Kelang dan Kulim. Ini kerana UFO jenis ini tidak boleh dipercayai langsung, sedang UFO yang berlegar di angkasa, mengikut beberapa filem fiksyen, sebahagiannya boleh dipercayai.UFO yang merayap di bumi ini juga boleh terbang meninggalkan khafilahnya. Tapi yang lebih bahaya kerana spesis UFO ini tidak amanah dan tidak boleh dipercayai. Sebab itu nama mereka Untrusted Flying Object. Mereka terbang meninggalkan pengundi-pengundi yang tidak memilih bebas sebagai wadah perjuangan mereka.
 

Saturday, February 5, 2011

Oh! Tidak!!! Minyak Naik Lagi.


KUALA LUMPUR – Krisis politik di Mesir jika dibiarkan berpanjangan dibimbangi mengakibatkan harga minyak dunia terus melambung sekali gus akan turut memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.Pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Majid (gambar) berkata, krisis tersebut yang sudah pun berlarutan lebih seminggu telah mengakibatkan kenaikan harga bahan bakar dunia kepada kira-kira RM310 setong ketika ini.Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila aktiviti ekonomi menerusi Terusan Suez, Mesir yang merupakan laluan tunggal perdagangan yang menghubungkan Eropah dan Asia sudah mula terganggu.

p/s:Jika terusan itu terganggu, ia sudah pasti menimbulkan masalah paling besar iaitu harga minyak dunia terus meningkat termasuk di negara kita,” 

Wednesday, February 2, 2011

KAHERAH:Israel hantar senjata untuk bantu Hosni.



KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah.

p/s: orang yahudi memang suka pecah belah orang-orang islam..hentah-hentah dorang yang hasut..
bilalah dekat Kaherah nak aman..urm~

Tuesday, February 1, 2011

Kisah seringgit.


perjalan duit kita....
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...