Wednesday, February 2, 2011

KAHERAH:Israel hantar senjata untuk bantu Hosni.



KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah.

p/s: orang yahudi memang suka pecah belah orang-orang islam..hentah-hentah dorang yang hasut..
bilalah dekat Kaherah nak aman..urm~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...