Tuesday, February 15, 2011

Anda penah bercinta??


hellu semua!!
hari nie aku nak story pasal cinta..apa itu cinta?? best ker bercinta?? romentik sangat ker bercinta?? ok lah..pada mula-mulanya tak terfikir pun nak cerita pasal cinta nie..
bila aku bukak FB aku ternampak ada seorang gadis bernama Fara Azmi click sini update blog dia pasal cinta...memang seronoklah bace...sampai aku terkena lah kisah cinta tu...hahaha..
tapi yang aku nak story nie tak sama lah dengan dia..aku nak cerita macam mana nak buat perbeza jalinan sebuah cinta..
Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama.Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.
Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina

.


1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.



2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.



3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.



4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.



5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.



6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.




7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.



8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.


9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.



p/s: hahaha..dalam banyk2 tips dekat ats ni..aku just setuju yang boleh guna la...
..no1 no4 no5 no6..
yg laen tu aku rasa bkn budaya kita nak wat mcm tu..
atau lebe senang bkn budaya aku..
hahaha..kalau ade nak buat  no2 no3 no7 no8 n no9 tu..baik jangan lah..
dosa tau!!!

8 comments:

aNaCgg said...

bha2,,,,aku setuju2 hehhe....pmpn try bole ka????ko follow aku rif...leh ka...aku dah follow ko ni....

Chik Att said...

hahahah ... kalau CA letak nota kat dlm beg duit ... mesti dia suka gilaa....
pas tu dia sms ..... "buang tebiat keee hari ni ...." hahahaha

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

hik3...nice entry..masuk sini de taman rama2 upenyerr!!~~C.I.N.T.A ---> banyak makna tersirat kan??

Kalo free meh ler singgah my blog....klik je link ini --> mummylovers blog

Muhammad Ariff Asyraf said...

aNaCgg:bleh jer..
mn tau b'hasil kat bf..
hahaha
ok2..nnt aku dtg fllow..

amny.. said...

anti kapel..hehheheh

Muhammad Ariff Asyraf said...

amny: bagus2...hehehe

Aq Waeda,,, said...

hahahaha...saya bley ketawa je,,sb x pernah bercinta pon,, tp bg sy la.. paling suke bile lelaki main gitar pastu nyanyi lagu warisan wanita terakhir or Im yours..mesti sweet kan..!!

Muhammad Ariff Asyraf said...

hahahaha..
btol tu cbe kita tukar plak..
pompuan nynyi kat laki...
mcm mn lah agak nye kn?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...