Sunday, February 27, 2011

benda apa yang penting dalam hidup korang?

Dalam banyak-banyak BENDA yang korang ada, agaknya BENDA apa yang paling penting sekali dalam hidup korang? Maknanya, tanpa BENDA ni hidup korang dalam sehari tu jadi tak tentu hala, tanpa BENDA ni mungkin korang rasa macam ada je yang tak kena.
Ada orang mungkin BENDA yang paling penting dalam hidup dia adalah handphone… kalau takde handphone memang huru-hara hidup dia satu hari… yea lah, handphone sekarang dah jadi alat perhubungan yang penting…
Kalau takde handphone atau handphone tertinggal kat rumah, macam mana nak contact awek, kemungkinan peluang bisnes juta-juta pun boleh hancus…




gambar hiasan(Blackberak)



Ada orang mungkin kereta paling penting… ada orang mungkin PC atau laptop, mungkin orang lain pulak wallet… perempuan pulak mungkin handbag… tak mustahil ada orang tak boleh lekang dengan cap (topi) sebab kalau tak pakai cap, mungkin hancuslah imej tertentu yang diorang bawak.
Ada orang pulak mungkin huru-hara hidup dia dalam sehari kalau tak main PSP, PS2 atau X-Box… ada orang mungkin tak lengkap harinya tanpa surat khabar… ada orang kalau tak baca buku sehari, rasa macam ada je yang tak kena, ada orang pulak kalau tak pakai jam tangan tak sah…
Sesetengah orang mungkin tak keruan kalau tak berkepit dengan bantal busuk dalam sehari… mungkin ada orang yang mesti bawak i-pod ke mana-mana… kalau rempit pulak mesti tak boleh berenggang dengan motor…Bagi aku, BENDA yang paling penting dalam hidup aku dah tentunya handphone… keje macam aku ni kalau takde handphone susah, yea lah zaman sekarang ni semua maklumat perlu disampaikan dengan cepat…Laptop?? …. hmmm, kalau takde laptop takpe kot… takde lah hari-hari aku terpaksa perah otak sebab nak cari idea untuk update blog aku nih… huh… entry merapu ni pun aku tulis sebab tengah takde idea… ish… mungkin kah aku semakin hilang sentuhan??

1 comments:

Izyanti said...

ade betul jugak benda paling penting skang ni henpon. nak keluar je, mst nk capai henpon dulu.

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...