Sunday, February 6, 2011

Biar Betul!!!

contoh UFO
SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.


TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.
“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,”

p/s: UFO yang berlegar di angkasa bumi bukan lagi satu fenomena luar biasa di mana-mana pelusuk dunia ini. Malah ada negara yang punya institusi sendiri bagi mengkaji UFO. Saya sendiri pernah menyaksikannya, cuma saya tidak pasti sama ada ia benar-benar  UFO yang berlegar di angkasa  atau jin dan iblis.Tapi saya lebih risau tentang UFO yang berada di bumi dari UFO yang berlegar di angkasa. UFO jenis ini telah muncul di banyak tempat - Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai, Pelabuhan Kelang dan Kulim. Ini kerana UFO jenis ini tidak boleh dipercayai langsung, sedang UFO yang berlegar di angkasa, mengikut beberapa filem fiksyen, sebahagiannya boleh dipercayai.UFO yang merayap di bumi ini juga boleh terbang meninggalkan khafilahnya. Tapi yang lebih bahaya kerana spesis UFO ini tidak amanah dan tidak boleh dipercayai. Sebab itu nama mereka Untrusted Flying Object. Mereka terbang meninggalkan pengundi-pengundi yang tidak memilih bebas sebagai wadah perjuangan mereka.
 

4 comments:

TeAqArH said...

hurm..suke statement last to...

Muhammad Ariff Asyraf said...

org kafir yg cbe mnyesatkn org islam...
dia cipta mcm2 cara..

dya adriza said...

kalau tgk the arrival, mmg ufo x wujud. cuma rekaan org kafir je. tp x tau la mmg betul2 ada.

and, statement last tu sgt best!

Muhammad Ariff Asyraf said...

thx hehe..

Post a Comment

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...